Looking For Anything Specific?

Header Ads

mencari keredaan Ilahi

assalamua'laikum..

setiap insan yang di lahirkan di muka bumi ini mempunyai karakter dan nasib yang tersendiri. ada yang ingin menjadi baik. ada juga yang imgin menjadi jahat. semuanya bergantung pada diri sendiri dan niat kita untuk berada di muka bumi ini. malah ada juga manusia yang ingin berubah ke arah yang lebih baik. seperti diri ku yang kerdil ini. andai di beri ruang dan peluang, ingin saya mencari keredaan Ilahi yang hakiki dengan penuh ketenangan. tidak akan lagi berpaling ke belakang mencari sejarah hitam.

dalam mencari keredaan Allah, saya mencarii seseorang yang dapat memberikan saya bimbingan di dunia dan di akhirat. yang dapat menjadikan saya seoarang wanita yang solehah dan tabah. saya sedar, dunia ini cukup singkat malah pada bila-bila masa sahaja malaikat Izrail akan mampir untuk menjemput kita. MasyaALLAH, sudah cukup bersediakah diriku ini? sudah cukupkah bekalan yang akan kita bawa untuk menemui Allah? sayu hati ini bila mengenangkan kejahilan diri.

tiada manusia yang sempurna. tiada manusia yang lari dari melakikan kesalahan. selama ini, kita semua begitu alpa dan leka dengan mengejar duniawi. tetapi  kita lupa tentang ukhrawi. masih ada ruang dan peluangkah untuk saya berubah yang lebih baik. saya tau, di saat kita ingin berubah, pasti ada cemuhan dan cacian yang akan menyapa gegndang telinga. 'Eleh, nak tunjuk alim la tu' ' tak payah nak jadi ustazah sangat la. muda lagi. enjoy dulu.' ' tak rimas ke bertudung litup gitu?' pelbagai soalan dan persoalan yang akan timbul. pedulikan. tutup telinga tetapkan niat yang ikhlas.

berharap akan ada yang dtang untuk membantu saya untuk menjadi muslimah yang baik . semoga hidupnya di rahmati ALLAH. Seandainya, zaman remaja( zaman single) saya berakhir di usia yang muda, ALHAMDULILLAH, kerana saya dapat menghindari lebih banyak dosa serta dapat mencari keredaan ALLAH di sisi sang suami. seoarng suami yang dapat membimbing isterinya ke jalan ALLAH adalah sebaik-baik suami yang akan mendapat syurga Firdausi. SubhanaALLAH..

ya ALLAH, pertemukanlah saya dengan lelaki yang benar-benar ingin menjadikan seorang perempuan sebagai isterinya, makmum ketika solatnya, dan ibu kepada anak-anaknya, serta teman dalam mencari keredaan ALLAH serta jauhkanlah diri saya daripada lelaki yang mendekati perempuan hanya kepentingannya. seandainya dia memang telah tertulis di luh mahfuz untuk ku, satukanlah saya dengan nya.

salam sayang,
musafir pencari cinta.

Post a Comment

0 Comments