Tuesday, 2 April 2013

menziarahi ibu di Kota Damansara

assalamualaikum ya ukhi ya akhi :)

*Alhamdulillah pagi ni sya sampai juga ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 , Kota Damansara. Pening gak la cari jalan. Sampai sesat ke Paradign Mall. Nasib baik ada pakcik yang baik tolong tadi. waze? ada saja tak nak pakai. konon ingat jalan tadi. padahal hampeh . hehe
tapi Alhamdulillah lepas tu sampai gan selamat. cuaca pula kelihatan mendung. sepanjang perjalanan aku berharap sangat aku dapat sampai ke kubur sebelum hujan turun. habis sahaja aku baca yassin, hujan turun dengan selebatnya.
* aku meninggalkan tanah perkuburan dengan rasa yang sayu sangat. nasib baik kat belakang kareta ada air mineral. yang tak sempat aku beli adalah bunga ros. in syaa ALLAH, ada masa terluang sya akan datang lagi menziarahi kubur arwah ibu. ini adalah kali ke dua sya datang. 

* harapnya lepas ni sya pergi tak adalah sesat lagi sebab dah hafal jalan. :) dalam keadaan hujan lebat, hampir setengah jam sya duduk dalam kereta. hati terasa berat untuk pergi dari tanah perkuburan tu. 

* Al - Fatihah ~

Monday, 1 April 2013

Aku mahu A+

AKU MAHU
A+BY: SITI NURSY’ADAAH

Hujan lebat yang turun sedari pagi masih lagi belum menampakkan tanda-tanda untuk berhenti. Jam di dinding  sudah mulai berganjak ke angka 6. Sebentar lagi pasti ramai anak-anak muda akan keluar berseronok untuk meraikan sambutan tahun baru. Cepat sungguh masa berlalu meninggalkan sejarah lama. Aku mengeluh untuk kesekian kalinya sambil membuang pandang ke luar jendela. Sayu hatiku bila mengenang kisah lalu.
            Lamunanku terhenti apabila telefon bimbitku berdering minta untuk di angkat segera. Siapa pula yang membuat panggilan petang-petang begini. Kacau daun betul lah! Aku bermonolog sendirian. Lantas aku mencapai telefon bimbit tanpa melihat nama si pemanggil.
            “assalamualaikum. Siapa ni?” aku memulakan bicara dengan sopan agar tidak menyinggung si pemanggil.
            “wa’alaikumsalam Nur. Ni Arrif lah. Awak tengah buat apa hujan-hujan ni?” kedengaran suara si pemanggil di hujung talian. Setelah mendengar namanya barulah aku tersedar bahawa Arrif yang call. Hatiku yang tadi sedikit walang kini mulai kembang setelah mendengar suara si pemanggil yang sangat di rindui.
            Aku hanya menjawab seadanya kerana aku bimbang seandainya Arrif dapat menangkap perasaanku ketika ini yang sedikit walang dilanda angin masa lalu. Setelah puas berbual akhirnya kami menamatkan talian kerana sebentar lagi Arrif dan keluarga akan pergi makan bersama keluarga angkatnya yang datang dari Indonesia. 
            Ketika kakiku hendak melangkah ke luar bilik, mataku tertancap pada sebuah kotak kecil berwarna coklat yang terletak di bawah katilku. Tanpa di pinta kakiku terus melangkah ke katil lalu mencapai kotak tersebut dan membukanya perlahan-lahan. Sesak dadaku tatkala melihat barang-barang yang ada di dalam kotak itu. Kini kerinduan mulai menapak di dalam hati kecilku. Air mata yang mulai bertangkung pantas aku seka sambil berkata ‘ kenapa aku mesti ingat dia? Aku kan dah ada Arrif yang sentiasa menemaniku setelah pemergian dia.’
            Dengan hati yang sebak aku meletakkan balik kotak tersebut di bawah katil. Segala kenangan itu begitu sukar untuk aku usir dari kamar hati. Walaubagaimanapun yang pergi tetap pergi dan tak mungkin akan kembali. Semoga arwah Asyraf tenang dan di terima di sisi Allah SWT. Seketika aku teringat pesanan terakhirnya sebelum Asyraf menghembuskan nafas terakhir. “ Nur, jaga dirimu baik-baik ya.”
            Asyraf Luqman. Satu  nama yang pernah bertakhta dalam lubuk hatiku satu masa dulu namun kini yang  ada hanyalah kenangan demi kenangan. Pemergiannya begitu  menyentap perasaanku. Kendatipun begitu, aku  mulai belajar menjadi seorang yang tabah  agar tidak lagi jatuh tersungkur. Aku tekad!
“Kring !!!! Kring !!!!” semua pelajar berpusu-pusu berjalan menuju ke Dataran Kecemerlangan untuk sesi perhimpunan pertama sesi 2011. Seperti biasa, aku menjalankan tugasku sebagai seorang pengawas sekolah dalam memastikan disiplin sekolah berada dalam keadaan yang terkawal. Riuh rendah suara Dataran Kecemerlangan dengan suara pelajar-pelajar bercerita mengenai cuti hujung tahun mereka. Aku hanya mampu senyum dan menggeleng dengan tingkah laku mereka. Biasalah hari pertama persekolahan katakan. Pelbagai cerita bakal di kongsi.
            Sedang aku memerhati, bahuku seperti di sentuh seseorang. Dengan perasaan yang agak gementar, aku memusingkan badanku sedikit demi sedikit. Tatkala itu, aku melihat raut wajah seorang guru yang begitu anggun tersenyum padaku. Rupa – rupanya aku telah di tugaskan untuk menjadi pengacara majlis pada hari pertama persekolahan.
            Aku cuba untuk berdalih. “ Er tapi cikgu, saya dah lama tak berucap di depan khalayak ramai.” Tapi secara kenyataannya, aku memang telah lama meninggalkan bidang tersebut. Takut pula untuk memulakannya lagi setelah lama meninggalkan bidang tersebut.
            “Tak apa. Cikgu yakin kamu boleh.Sebelum ni pun kamu selalu mengacara majlis malahan membuat persembahan kan? So, there’re no reason to say no.” cikgu Zakiah masih lagi memujuk.
            Akhirnya ,aku  menyambut tugas itu dengan hati yang terbuka. “Baiklah cikgu, saya terima. Tapi siapa guru yang akan berucap dan nama-nama guru yang bertugas?” tanyaku agar aku tidak kelangkabut semasa mengendalikan majlis.
            SubhanaALLAH ! Indah sungguh ciptaanMu ya Allah. Raut wajah cikgu Zakiah cukup manis di pandang. Tidak hairanlah ramai kawan-kawan lelaki aku meminati cikgu Zakiah. Hehe.. sayang seribu kali sayang , cikgu itu telah pun mendirikan rumahtangga. Melepaslah kalian…
            Seusai sahaja majlis, semua pelajar di arahkan masuk ke kelas kecuali pelajar tingkatan lima. Aku sudah sedia maklum bahawa perjumpaan ini tidak lain tidak bukan adalah pertukaran kelas. Aku berharap aku dapat turun kelas. Pelik? Bukannya apa, kalau aku stay di kelas pertama aku akan stress dengan desakan setiap guru yang ingin melihat pelajarnya dapat straight A. Semua pelajar menginginkan keputusan yang cemerlang, tetapi aku tidak boleh di desak dengan tekanan.
            “Nur Delisha. 5 Akrab.” Kedengaran namaku di sebut oleh Puan Rose. Tatkala itu, hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya hati aku apabila aku berjaya pindah ke kelas lain. Biarkanlah apa yang hendak orang kata. Aku pasti banyak mata yang memandang aku saat ini. Ah lantak pi lah…
            Saat kakiku hendak melangkah masuk kelas, barulah aku tersedar bahawa tahun ini aku bakal sekelas dengan seseorang. Zaneera ! Terbayang di fikiranku wajahnya yang garang dan matanya yang bulat dan tajam apabila menatap mataku. Suaranya yang melengking pabila marah mampu mengecutkan perut. Aduh…
            Aku tersentak daripada lamunan apabila seseorang mencuit pinggangku. Hampir melatah aku di buatnya. “Hey kenapa tak masuk ni? Pergi ambil tempat.” Arah cikgu Mas setelah melihat aku bersembunyi di sebalik tiang yang memisahkan antara kelas-kelas lain.
            “Er ..er er.. Saya malu sebenarnya cikgu.” Aku cuba untuk berdalih menutup kegelisahan yang sedang melanda. Dengan langkah yang longlai aku melangkah ke kelas dengan penuh berhati-hati sambil memandang lantai.
‘oh man ! Kenapa dia duduk sebaris dengan aku? Eh bukanlah, tapi aku yang duduk sebaris dengan dia?’aku berbicara sendiri setelah mataku tertancap ke wajah Zaneera yang betul-betul di hadapanku.
            “ Hoi! Apesai muka hang pucat ni? Macam nampak jembalang je. Apesal beb?” Tanya rakanku yang duduk di sebelah aku. Serba salah untuk aku berterus terang kepada Ezza apa yang ada di dalam hati dan fikiranku saat ini. Lebih baik aku pendamkan sahaja. Lantas aku hanya membalas pertanyaan itu dengan memberikan senyuman yang cukup menawan kepada Ezza. Erk? Menawan ke? Hehe ..
            “Aik senyum pulak dia. Woi! Kau ni ok ke tak?” lantas Ezza menampar bahuku apabila melihat reaksiku yang bersahaja. Aku terjerit kecil apabila merasai tamparan itu.
            “ Eh kau ni nampak je keding. Tapi bila pukul orang , berbisa betul. Sakit kau tahu tak?” aku mulai membebel agar Ezza tidak dapat dapat menangkap sebarang kegelisahan yang ada dalam hatiku tatkala ini. Aku tahu Ezza tidak bodoh. Dia dapat menagkap apa yang sedang aku rasakan saat ini.
            Sedar tidak sedar, pemilihan ketua kelas telah pun berjaya di pilih mengikut undian majoriti. Aku sendiri tidak tahu bila aku mengundi Ramdhan sebagai ketua kelas. Mungkin ketika aku berkhayal tadi. Argh .. Aku peduli apa. None of my business.
            Setelah selesai pemilihan, pembelajaran di teruskan seperti biasa dan tatkala itu juga aku sudah mulai menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh. Biarlah apa sahaja yang datang, aku tetap akan mengejar cita-citaku. Kini aku mulai bertekad untuk berjaya dalam hidup di samping membahagiakan ibu dan ayah.
            Malahan inilah salah satu amanat arwah  Asyraf ketika hayatnya masih ada iaitu melihat aku berjaya dengan cemerlang dalam SPM. Meskipun kini, dia tiada lagi di sisi, semangat yang di hantar membuatkan aku lebih kuatdan gigih untuk berjaya mencapai cita-cita sebagai seorang Doktor.
            Tanpa aku sedari, jam sudah merangkak ke angka 1. Sebentar lagi aku dan rakan-rakan akan pulang kerumah atau lebih tepat waktu pembelajaran tamat. Yeay! Saat yang aku nantikan. Er? Pelikkan? Sebenarnya aku nak buang hajat. Dari waktu lepas rehat tadi aku cuba menahan sakit perut. Aku tidak biasa menggunakan tandas sekolah. Hal ini kerana keadaan tandas yang kurang selesa dan kotor membuatkan aku bertindak untuk menahan rasa sehinggalah pulang ke rumah. Malahan, sewaktu di tingkatan tiga dahulu cikgu sains aku pernah memberitahu bahawa kuman siflis lebih cepat merebak kepada kaum wanita kerana saluran urethra yang pendek jika di bandingkan dengan lelaki.
            Aku berjalan laju seperti orang yang di kejar anjing. Tatkala aku sedang menumpukan perhatian untuk sampai kerumah, tiba-tiba aku di kejutkan dengan bunyi hon. Aih , macam kenal je bunyi hon tu. Namun  kini tumpuanku lebih terarah kepada rumah.
            “Nur! Jom tumpang Ariff.” Kedengaran suara menjerit di belakangku. Aku memalingkan badan untuk melihat. Dengan tidak rasa malunya aku menerima pelawaan itu. Tatkala itu tiada lain yang aku fikirkan. Hanya toilet yang aku fikirkan.
            “ Kenapa laju sangat jalan? Macam kena kejar momok.” Ibu Ariff bertanya sebaik sahaja aku memasuki ke dalam kereta mewah kepunyaan keluarga Ariff.
            “ Er, sebenarnya Nur sakit perut. Period pain agaknya.” Aku cuba untuk berdalih. Malu untuk beritahu hal yang sebenar. Hish mana nak sorok muka ni kalau diorang tahu yang aku laju semacam tadi gara-gara nak membuang hajat. Macam-macam persoalan yang akan keluar.
            Aku melemparkan pandangan ke luar jendela. Aku mulai sedari sesuatu. Aku lihat kereta ibu Ariff meluncur laju ke destinasi lain. Bukan ke rumahku. Perasaan kurang enak mulai menerjah fikiranku. ‘ kemana pulak diorang nak bawak aku ni’ aku bermonolg di dalam hati.
            Melihat riak wajahku yang berubah, serta merta Ariff memberitahu bahawa mereka perlu mengambil adiknya di sekolah rendah. Aku yang sedari tadi runsing mulai terasa lega dengan apa yang di sampaikan Ariff. ‘ayooo! How come aku boleh lupa yang dia adik kat sekolah rendah.’
            “ Hai kak Nur!” Azhad, atau lebih senang di panggil Ayyad merupakan adik bongsu Arrif. Ayyad  menegurku setelah melihat aku turut ada di dalam kereta keluarganya.
            “ Hai Ayyad. Macam mana sekolah hari ni? Ada orang buli Ayyad tak? Kalau ada, bagi tau akak tau. Biar akak belasah orang tu.” Arrif dan ibunya ketawa mendengar perbualanku dengan Ayyad. Eah kelakar ke?
            Setalah hampir setengah jam berada dalam perut kereta mewah itu, akhirnya aku tiba di perkarangan rumahku. Dengan segera, aku menyalami tangan ibunya serta mengucapkan terima kasih. Setelah kenderaan tersebut hilang dari pandangan, aku lantas berlari masuk ke dalam rumah. Aku pasti, mereka turut mengetahui kenapa aku sakit perut sedemikian. Haha.. malunya ..
            Merah mukaku menahan malu. Lantas aku mengambil towel yang aku sangkutkan di belakang pintu dan bergegas menuju ke dalam toilet. Setelah selesai, aku membersihkan diri setelah seharian beraktiviti di sekolah. Meskipun penat, aku tidak lupa untuk bermunajat kepada ALLAH S.W.T.

Kini, hampir dua bulan aku berada di tingkatan lima. Setakat ini, masih tiada apa-apa masalah untuk aku dan rakan-rakan dalam mengikuti pembelajaran. Malah kami semakin seronok untuk mengikuti pembeljaran yang seterusnya. Yang paling semangat adalah kelas sejarah. Gurunya? Fuhh.. semangat patriotik, yang mengantuk pun boleh menjadi segar.
Setiap kali kelasnya, tiada siapa yang berani buat hal dan ponteng. Masuk sahaja ke kelas, semua pasti di minta berdiri dan bersiap sedia untuk menjawab soalan spontan yang akan di lemparkan oleh cikgu Azlina. Soalannya pun mantap seperti semangat beliau ketika mengajar. Siapa tak dapat jawab, berdiri di koridor lah nampaknya. Dugaan SPM.
Seminggu lagi, pihak sekolah akan mengadakan ujian pertama untuk pelajar tingkatan 5. Setelah dua bulan belajar di tingkatan 5, kini masanya guru-guru menguji kefahaman kami. Aku tidak membuang masa yang ada dengan perkara yang remeh temeh. Duniaku kini hanya ilmu. Aku perlu berusaha keras untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Itu janjiku kepada ibu ayah dan Asyraf Lukman.
Usai tamat sesi persekolahan, Arrif dan rakan-rakanku akan mengajak untuk membuat ulangkaji bersama-sama. Jika tidak di perpustakaan kami akan berkumpul di kantin. Senang sikit kami nak makan. Adakalanya juga, kami akan duduk di tepi padang sekolah sambil menghirup udara segar. Ezza begitu arif dalam subjek kimia, Arrif hebat dalam subjek fizik, manakala Aedlynna hebat dalam subjek matematik. Aku? Aku biologi dan add math boleh lah.
            Hari yang di nantikan akhirnya tiba. Semua pelajar berdebar menantikan kertas ujian yang akan di jawab. Meskipun ianya hanya ujian. Ujian inilah yang akan menentukan kefahaman kita sepanjang beberapa bulan di tingkatan 5. Aku juga turut merasai debarannya. Sebelum ujian bermula, aku menghabiskan masaku dengan membuat sedikit ulangkaji agar aku tidak lupa dan lalai ketika menjawab ujian sebentar lagi.
            Sedang aku leka menelaah pelajaran, kedengaran suara-suara sumbang berbisik. Adakalanya kedengaran kuat seperti sengaja di kuatkan intonasinya. Aku cuba menangkap bait-bait perbualan tersebut. Alangkah terkejutnya aku bila namaku cuba dikaitkan sekali lagi.
            ‘Astaghfirullahal azim! Apa lagi yang mereka tak puas hati. Tak cukup lagi ke?’ aku beristighfar panjang di dalam hati.
            Aku tersedar apabila guru yang bertugas menjaga ujian di kelasku masuk sambil memegang kertas soalan untuk di edarkan. Debaran semakin terasa. Malahan semakin kuat. Tidak senang duduk di buatnya. Tearsa panas kerusi yang aku duduk ketika itu. Duduk di dalam aliran science satu tugas yang agak mencabar dan perlu banyak kesabaran dalam menanganinya. Aku berplaing ke belakang untuk melihat reaksi Aedlynna, Ezza, Fyfy dan juga Eqah. Aku hanya mampu menunjukkan thumbs up pada mereka.
            Ketika kertas terlayar di hadapanku, aku membuka kertas itu perlahan-lahan. Dengan lafaz bismillah, aku cuba untuk menjawab semua soalan yang terbentang di depan mataku. Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusanku. Aku telah berusaha, dan kini aku hanya perlu bertawakal. Aku cuba menjawab setiap soalan di dalam kertas ujianku. Sesuatu yang sukar pun pasti di permudahkan seandainya kita sentiasa yakin dengan Allah. Tiba-tiba kepalaku seperti di hentam dengan batu. Berdenyut-denyut dan keadaanya teramat sakit. Aku cuba untuk bertahan.
‘ ya Allah, permudaahkanlah urusanku. Kuatkanlah aku sehingga aku tamat menjawab kertas ujian pagi ini.’
            Saat tamatnya masa menjawab, aku menoleh ke belakang. Aku lihat Zaneera bersama rakannya sedang berbisik. Apalah yang mereka tak puas hati dengan aku. Apa lagi salah aku kali ni. Dengan rasa hormatnya, aku membiarkan sahaja apa yang mereka ingin lakukan. Aku melangkahkan kaki ke meja sahabat-sahabat baik ku.
            “Ha! Apa macam soalan tadi? Okay?” aku memulakan bicara. Kelihatan Ezza tersenyum seperti kerang busuk. Tidak ketinggalan juga sahabat-sahabatku yang lain. Aku mulai rasa aneh dengan sikap sahabatku. Pasti mereka dapat menjawab dengan baik.
            Melihat mereka yang sedari asyik tersenyum aku meminta diri untuk pergi ke tandas sebentar. Terasa hendak menangis pun ada apabila mengenangkan sikap Zaneera dan rakannya. Alahai lembutnya hatiku ini. Lantas aku melarikan diri ke bilik air. Tiba-tiba tekak ku terasa loya dan kepala ku kembali sakit sama seperti ketika ujian tadi. Pandangan mataku mulai kabur dan akhirnya aku jatuh terjelepok di lantai.
            Setelah hampir setengah jam berada di dalam toilet, Aedlynna menjenguk aku di bilik air. Kesemua rakanku mulai risau setelah melihatku tidak pulang-pulang ke kelas hampir setengah jam sedangkan kertas ujian yang seterusnya akan mula tidak lama lagi. Tatkala Aedlynna muncul di bilik air..
            “Ya Allah Nur! Kau kenapa ni?” jerkah Aedlynna setelah melihat aku terkulai layu di pintu bilik air. Aku melihat sahabatku yang menghampiriku. Setelah itu, aku rasa sekelililngku mulai terasa kelam dan gelap. Aku terkulai akhirnya di pangkuan Aedlynna. Selepas itu, aku langsung tidak sedar apa yang terjadi di sekelilingku.
            Ketika aku sedar dari pingsan, aku berada di sebuah tempat yang cukup asing buat diriku. Semuanya berwarna putih. ‘aku kat mana ni? Kenapa sakit sangat kepala aku ni?’
            Tatkala itu, aku melihat sahabat-sahabatku berada di samping katil mengelilingi aku. Terpampang kerisauan di wajah mereka. Haih kesian korang. Tiba-tiba kedengaran pintu di kuak, aku lihat ibu dan ayahku datang. Pasti salah seoarang sahabatku telah menghubungi ibu bapaku ketika aku tidak sedarkan diri tadi. Berapa lama aku tidak sedarkan diri pun aku tidak pasti dan yang pasti saat ini aku masih tertanya dimana aku berada sekarang.
            Setelah lama aku mendiamkan diri, akhirnya aku memulakan bicara.
“Ibu, Nur kat mana ni? Kenapa tempat ni macam lain je.”
“Nur  kat hospital sayang.” Terang ibuku. Serta merta wajahku berubah pucat. ‘what? Hospital? Aku tak salah dengar ke?’
            Ibu seperti dapat menangkap maksud wajahku. Ibu sangat tau bahawa aku cukup takut untuk melangkahkan kaki ke hospital. Semuanya gara-gara aku pernah lalu di sebelah mayat tanpa aku sedari. Kejadian tersebut telah membuatkan aku fobia dan takut untuk ke hospital. Namun kini, aku sendiri di tahan di wad. Alasan apa yang perlu aku beri agar aku dapat keluar dari hospital.
            Beberapa minit kemudian, ibu bapaku di panggil doktor untuk ke biliknya. Nah ! ini saatnya aku memikirkan alasan yang perlu aku beri untuk keluar dari hospital pada hari ini juga. Untung sahabat-sahabat aku masih ada dan ini saatnya aku meminta pendapat mereka.
            “ weh, aku tak nak stay kat hospital. Aku nak keluar dari hospital. Scary tau tak?” terangku.
Ezza menjawab bagi pihak rakan-rakan yang lain. “ Mana bolehlah. Kau tu sakit dan perlukan rawatan. Suka hati je nak keluar. Nanti kalau sakit teruk siapa susah? Aku ke kau?” ambik kau! Kan dah kena sebijik dengan Ezza.
            Rakan-rakan yang mengangguk tanda setuju dengan apa yang di perkatakan oleh Ezza. Nampaknya, aku terpaksa jugalah duduk semalaman di hospital ni. Haih nasib badan. Beberapa minit kemudian ibu muncul di muka pintu lalu membisikkan sesuatu di telingaku. What? Kena stay kat hospital selama tiga hari. Oh man !
            Tak dapat aku bayangkan apabila aku harus berada di hospital untuk beberapa hari. Sudahnya aku kena duduk sendiri tanpa ada yang menemani sepanjang aku berada di hospital. Semua keluarga dan rakan-rakanku sibuk menguruskan kehidupan seharian mereka. Akhirnya aku pasrah dengan keadaan ini. Nasib badan. Ujian pun lari kemana.
            Tiga hari berada di hospital membuatkan aku semakin selesa dengan keadaan sekeliling apatah lagi layanan yang di berikan agak memuaskan hati aku yang agak cerewet. Huhu. Sebentar lagi, ibu dan ayahku akan datang untuk menjemputku pulang. Justeru perkara yang sangat aku nantikan adalah untuk hadir kesekolah seperti biasa.
            Meskipun berada di hospital hanya untuk beberapa hari, rakan-rakanku tidak jemu untuk menziarahi aku. Si dia juga turut datang bersama keluarganya. Terubat juga rindu terhadap si dia. Masih terngiang-ngiang di kotak fikiranku kata-kata yang di sampaikan Ariff untuk membuatkan aku lebih bersemangat berada di hospital.
 ‘ Nur, jangan lupa makan ubat ya. Ariff tak nak buah hati kesayangan Ariff ni sakit. Tak kesiankan Ariff ke? Terpaksa menahan rindu kat Nur. Cepat sembuh ya sayang.’
            Aku tersedar daripada lamunan tatkala ibu memanggil namaku sambil membimbit tas pakaianku untuk di bawa pulang. Akhirnya hari ini aku di benarkan balik. Homesick ~
            Setibanya di rumah, ibu menyuruh aku untuk berehat sahaja di bilik. Aku hanya menurut perintah kerana keadaanku yang masih agak lemah. Tiba-tiba aku mendengar perbualan ibu dan ayah…
            “ Walau macam mana pun, kita mesti ikut saranan doktor. Semakin lama kita biarkan, penyakitnya akan menjadi bertambah teruk. Nur harus menerima rawatan dengan kadar yang segera.” Kedengaran nada ayah yang sangat tegas tetapi penuh kerisauan. Hati aku tertanya-tanya. Penyakit apa yang aku hidapi sehingga aku memerlukan rawatan dengan segera. Teruk sangatkah penyakitnya sehingga ibu dan ayah begitu risau dengan keadaan aku. Suasana yang sepi tiba-tiba pecah dengan kehadiran adikku yang bertanyakan sesuatu pada ibuku.
            “ Bila pembedahan kakak akan di lakukan bu? Tiada cara lain ke yang dapat menyelamatkan kakak?” What? Operation? Aku sakit apa sebenarnya ni? Aku membuka daun pintu bilikku lalu menyapa kedua ibu bapaku serta adikku yang sedang bersantai di ruang tamu sambil membincangkan permasalahan penyakitku. Ibu sedikit kaget melihat aku keluar dari bilik. Tampak wajahnya penuh keriasauan.
            Aku tahu ibu takut sekiranya aku mendengar perbualan mereka tadi. Aku berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Walau bagaimanapun, aku harus mengetahui laporan kesihatan aku. Ya ! aku perlu tahu!
********* to be continued in syaa ALLAH.