Saturday, 11 June 2016

menggamit memori lalu?

assalamualaikum cinta,

Lama rasanya jari jemari tidak menyentuh papan kekunci sambil meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati. Belakangan ini, aku selalu teringat someone yang pernah menceriakan aku. Yang pernah membuat bibirku senantiasa tersenyum malah pernah mengisi kekosongan di hati daripada di zalimi lelaki lain yang hanya tahu mempermainkan perasaanku. Ya dia adalah penyelamat. Tatkala aku jatuh tersungkur dek perbuatan lelaki yang mempermainkan perasaanku, akhirnya dia datang menghiburkan hari-hariku. Tapi sayang hubungan ini tidak kekal lama. Hanya 6 bulan. Ya hanya 6 bulan sang pelangi menyinari hari-hariku. Meskipun berpisah secara baik, malah tiada timbul isu curang di antara kami. Hanya kerana ilmu yang kami ingin cari. Alhamdulillah, kami masing-masing memperoleh keputusan yang cemerlang untuk SPM. Walapun tidaklah secemerlang mereka yang straight A’s. pernah aku cuba untuk approach semula. Mm tak malu kan aku ni.. hhaaha. Tapi di tolak. Apa? Dia ada pengganti? Nope, he didn’t find my replacement yet. Cuma aku je yang dah jumpa pengganti. Malah dah dua kali aku bertemu dengan orang baru. Tapi tetap tidak mampu membuatkan aku untuk melupakan dia. Kenapa? Adakalanya aku menangis macam mana aku nak lupakan dia? Dia terlalu baik untuk aku. Masih teringat, sewaktu on phone dengan dia, aku tiba-tiba sesak nafas. Dia dengan pantasnya letak phone ke tepi dan mengambil wudhuk lalu membacakan al-quran untuk aku sehingga aku terasa lega. Ya Allah, terima kasih awak.
Tapi, setelah 6 tahun, perasaan ini masih lagi sama. Ingin mencari dia. Kenapa susah sangat untuk aku lupakan dia? Kenapa bayangannya semakin acap kali menjelma belakangan ini. Hampir nanar aku dibuatnya. Tatkala ini, aku akui sudah bersama dengan orang baru. Tapi hati aku kosong. Tiada getaran. Tiada rasa cinta. Yang hanya ada persahabatan. Aku tidak mampu berikannya rasa cinta. Andainya dia juga tahu perasaanku ini, apakah responnya? “Abang, nur rindu kan abang. Nur akan sentiasa doakan kejayaan abang dunia dan akhirat.”
“abang tahu, nur terjumpa gambar kita masa mula-mula kita keluar raya sama. Bila tengok gambar tu nur terus nangis. Sebab terlalu rindu dengan abang.”

Andainya dia boleh mengetahui perasaanku ini. Izinkanlah sekeping hati yang hampir hancur ini masuk kedalam hati dia. Semoa satu hari nanti kita akan berjumpa lagi.