nikah II
ASSALAMUALAIKUM..
Lama sya tak update blog.
sibuk dengan hal dunia yang tidak akan pernah berhenti mengganggu kehidupan
manusia. pada sebelum ni, sya pernah menyentuh isu nikah kan.. Kali ni sya akan
ke ytarakan isu tersebut sekali lagi.
kenapa? persoalannya,
ramai yang bertanya adakah berkahwin awal itu bagus? pada pandangan saya ia nya
bagus dan langkah yang terbaik agar seseorang itu terlepasdari cengkaman
syaitan durjana. adakah pelajar di tahun pertama layak untuk bernikah ? layak !
siapa cakap tidak.. Rasulullah pernah bersabda, sebaik-baik perempuan adalah
yang berkahwin awal. TETAPI… harus mempunyai persediaan fizikal dan mental yang
kuat. Kenapa saya katakan harus ada fizikal dan mental yang kuat? Hal ini
kerana, alam rumah tangga itu tidak semudah apa yang kita lihat. Tidak seindah
yang kita bayangkan. Pelbagai onak duri yang harus kita tempuhi. Apatah lagi
pada usia yang muda.. acap kali kita salah membuat percaturan.
Nah! Kerana itu peratusan
kes perceraian itu semakin tinggi di Malaysia. Malahan yang memonpoli adalah yang
beragama Islam. Perkahwinan itu indah jika kita mampu melaksanakan
tanggungjawab itu dengan baik dan amanah.
Ø
Wahai sang isteri, jadikanlah suami mu tempat untukmu mengumpul
pahala. Untuk mencapai nikmat syurga itu cukup indah hanya dengan mentaati
suamimu selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak.. Allahu rabbi,
sungguh indah percaturan yang Allah ciptakan untuk sang isteri..
Ø
Wahai sang suami, wanita itu tercipta bukan untuk dibebani, bukan
untuk disanjung tinggi, tapi untuk mendapat perlindungan darimu. Pimpinlah
isterimu ke syurga Firdausi. Hargai pengorbanan isteri mu dalam mengandung,
melahirkan dan mendidik anak2 mu sehingga dewasa.
Social Plugin