1) Tuntutan agama Islam yang suci.
- Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat
ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke
belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Fatimah Az-Zahra
kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa dengan teruk dalam keadaan itu?
Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang
tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh
lelaki yang bukan muhrimnya.
2) Mengurangkan dosa daripada terus dimurkai ALLAH
-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu
dosa anda dapat. Kalau sehelai rambut
sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa
ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang akan anda temui
hampir siap hari.
3) Lebih cerdik,selesa dan sihat
-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca
panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa
akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir
dengan cepat dan baik.
Pemakaian tudung juga akan mengelakkan kepala dihinggap oleh
serangga-serangga yang akan merosakkan rambut dan kepala.
4) Tidak membazir
- Tak perlu lagi ke kedai rambut atau salun untuk
mencantikkan rambut dan membuang masa dengan meluruskan rambut dan mewarnakan
rambut serta tidak membazir wang!
5) Lebih sopan dan manis
-Lebih 98% lelaki
mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang yang
paling penting pilih wanita yang bertudung dahulu )
Respons Pakar Cinta: Pihak kami di sini akan melihat wanita
yang bertudung dahulu dengan betul untuk dijadikan calon isteri. Insyaallah..
6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan
merosakkan dan menggalakkan keguguran rambut. Walaupun anda memakai pelbagai
bahan kosmetik pelindung, hakikatnya bahan itu mengandungi bahan kimia yang
berbahaya untuk rambut!
7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung
ibarat buah epal manis yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai
kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.
8 ) Lebih dihormati dan dihargai
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur
katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda
begitu dikagumi
9.) Lebih disayangi oleh ALLAH
- Wanita yang bertudung dengan cara yang betul serta
melaksanakan perintah ALLAH akan terus dilindungi oleh ALLAH sehingga akhirat.
10.) Calon Isteri
- Kebanyakan statisitik yang diambil di Asia Tenggara. Ramai
lelaki yang menjadikan wanita islam yang bertudung sebagai pilihan utama mereka
sebagai isteri. Jadi jom pikat wanita yang bertudung dan jadikan ia sebagai
wanita yang solehah ye.
Insyaallah..
0 Comments