Looking For Anything Specific?

Header Ads

mohon petunjuk Mu ya Rabb

salam alaik.

kebelakangan ni selalu mimpi seseorang yang tak pernah di sangka-sangka. tak pernah terfikir untuk memikirkan dirinya. tapi bayangannya sentiasa muncul selepas memohon petunjuk ALLAH untuk masa depan sya. tapi kenapa dia ? itu merupakan persoalan yang pertama di utarakan selepas tersedar drpd mimpi. mungkin ia hanya mainan tidur.

sekali lagi melakukan istikharah. perkara yang sama berulang lagi. tepat jam 2 pagi dan waktu yang sama dengan sebelum ni sya terjaga. asalnya sya bukanlah beristikharah untuk memilih pasanagn hidup. kerana sya masih belum mempunyai siapa-siapa yang harus di pilh. sekadar ingin mengetahui siapa yang bakal menjadi pasangan, imam sya suatu hari nanti. tetapi yang muncul wajah yang samar tapi seakan -akan sya mngenali dirinya.

tatkala ini, buntu memikirkan apa erti di sebalik mimpi itu, kerana setiap kali selesai solat istikhrah , tak lama itu pasti akn muncul mimpi itu ketika tidur. tidak tu juga, malah perasaan begitu hampir dengan seseorang tapi masih tidak yakin untuk membicarakannya. semoga ALLAH permudahkan segala urusan ini.

slm syg,
musafir pencari cinta

Post a Comment

0 Comments