Aku meniti hari-hari mendatang
dengan penuh rasa takut. Kenapa aku takut? Aku takut seandainya Allah mengambil
nyawaku di saat aku masih belum bersedia untuk menghadapnya. Sedangkan diri ku
masih lagi banyak dan serba kekurangan. Apatah lagi ilmu akhirat. Terasa diri
ini cukup kerdil. Ya! Kita cukup kerdil di mata Allah. Kita bukanlah hamba
Allah yang maksum. Kita sering alpa dan leka dengan duniawi. Begitu juga dengan
saya. Adakalanya aku cukup leka mengejar dunia sehingga aku lupa bahawa selepas
ini aku akan melangkah ke dunia yang lebih kekal abadi.
Ramai anak muda masa kini mempunya
life goals mereka tersendiri, malah ada yang inginkan life goals mereka seperti
relationship dan sebagainya. Life goals ku cukup hanya ‘mati dalam keadaan
khusnul khatimah’. Allahu Allah tetapkan lah diriku di bawah lembayung mu Ya
Allah.
Seandainya esok tiada lagi
kesempatan untuk aku melihat dunia, aku berharap agar amalan ku hari ini
diterima Allah. Sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui.
Siti nursya’adah fahrizal – 4 September
2015-
0 Comments