Assalamualaikum.
Hai korang. Haha mesti ada yang bosan baca entri sy ni. Takpa2
saya tak kisah pun. Alhamdulillah, hari ni sekali lagi saya membahagiakan orang
lain.
Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa lah saya dok sanggup
berhabis duit buat ni semua. Allahu, sesungguhnya ini sahaja cara yang mampu
saya lakukan untuk membahagiakan orang lain. Dengan menggunakan duit? Oh tidak.
Dengan senyuman yang terukir di wajah mereka. Itu lah yang saya nantikan. Mungkin
ada yang beranggapan bahawa saya hanya melakukan pembaziran. Takpa, setiap
orang ada pendapat yang berbeza. Alhamdulillah, meskipun saya melaburkan duit
untuk membahagiakan orang lain. Tapi Allah itu maha adil dan penyayang kerana
turut menambah rezeki saya di sebalik itu.
Semoga ia menjadi kenangan yang cukup indah buat kawan-kawan
sebelum saya pergi. Simpan ketat-ketat tau dalam memori. Nak cerita kat anak
cucu nanti pun boleh. Haha.. mesti comel kalau kita semua dah anak cucu kn.
Haha hakak comel ni pun tak mau kalah.. nak juga nyelit
pegang bunga.
0 Comments