assalamualaikum,
Pernah tak kita terfikir, kalau mala mini merupakan malam
terakhir kita? Malam terakhir kita berbicara, menaip dan malam terakhir kita
beribadah. Tentunya kita akan rasa takut. Kerana amal kita yang belum tentunya
cukup untuk dihakimi. Allahu Allah. Seandainya ini benar-benar malam terakhirku,
aku redha kerana itu adalah lebih baik. Seandainya kepanjangan umurku hanya
membuatkan aku jauh dari-Mu, aku mohon ambil lah nyawaku ya Rabb.
Kita sering leka dengan urusan duniawi. Ya Allah, jauhkan
lah aku dari sifat lagha. Dekatkan hati ku dengan Mu.
Alhamdulillah, selain ibu ayah aku sudah pun membahagiakan
beberapa rakan-rakan sekuliahku. Air mata bahagia mengalir melihat mereka tersenyum
melihatnya. Allahuakbar dengan hanya membahagiakan orang lain, mampu membuatkan
hati ku tersenyum girang dan tenang. Dengan memberikan kebahgiaan pada orang
lain, Allah balas dengan nikmat yang tak tergambar untuk di perkatakan.
If tonight is the last day, the best words to say is good
bye gais. Love all of you so much.
0 Comments