Looking For Anything Specific?

Header Ads

Puding Batik by Cik Sunflower 🌻

Assalamualaikum halo halo gais..

Resepi dari hari ke hari aku nak update.. asyik kena hold je. Banyak nau kerja nak kena settle. Begini lah kalau jadi kan blogger sebagai part time.

Aku ni peminat kek batikm tegar.. asal ada memang aku akan makan.. tapi kadang ada juga dapat kek batik yang tak kena dengan tekak aku. Mungkin dia menggunakan coklat yang beshe beshe je.. huhu..

So minggu lepas aku terfikir nak olah sikit kek batik ni jadi puding. Sedap ke jadi puding. In syaa Allah sedap dan kena dengan tekak. Yang penting sesuai di hidang musim musim panas.

Ada yang nak tak ? Ada ke idok ? Bukan aku nampak pun korang angkat tangan huhu.

Hari ni aku kongsikan resepi puding kek batik ni.

Ni yang sempat aku snap sebab yang lain dah kena makan.

Bahan bahan ;
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 sdk esen vanila / vanilin powder
1 biji telur (buangkan mata telur jika ada)
1/2 cawan tepung custard 
1 peket agar agar tali
1/2 buku butter 
Secubit garam
8 sdb milo
7 sdb serbuk koko
1 1/2 biskut marie perisa coffee 


P/s: nak rasa yanh umphhh guna biskut Marie coffee.. kalau guna biskut Marie biasa, rasa dia so so je. Depends dengan korang jugak. Aku prefer coffee.

Step by step
1. Satukan susu pekat, susu cair, esen vanilla , telur dan tepung custard dalam satu bekas dan whisk guna tangan sahaja sehingga sebati.. dah sebati ketepikan sekejap.
2. Didihkan air dan masuk kan agar agar tali tadi. Bila agar2 dah cair, masuk kan butter dan biarkan sehingga butter larut.
3. Sementara tunggu butter larut, campur kan milo dan serbuk koko ke dalam bekas lain dan gaul kan dengan air panas sehingga hilang ketul ketulan milo.
4. Bila butter dah larut, masuk kan adunan custard yang dah di gaul sebati tadi ke dalam agar agar. Kecil kan api dan kemudian masuk kan adunan coklat kacau dan biarkan sehingga kelihatan adunan mulai mengeluarkan buih buih kecil.
5. Susun biskut Marie yang di patahkan secara rawak di dalam loyang. Tuangkan adunan sedikit dan kemudian susun secara rawak lagi untuk lapisan kedua dan sehingga adunan dan biskut habis. Pastikan lapisan terakhir adalah adunan coklat. Sejuk kan selama 4 jam di dalam peti.

Senang je kan ? Selamat mencuba. Kalau korang nak share, tolong tag nama blog aku ye. Aku okay je kalau korang nak share, tapi tag as appreciation post. Okay gaisss selamat mencuba.




Post a Comment

0 Comments