Alhamdulillah, tahun ni puasa agak santai dan tak terkejar sangat seperti tahun sebelumnya. Lebih sederhana.
Belakangan ni, kita tahu dan sangat tahu selain penyakit Covid 19 yang menjadi bualan orang ramai, terdapat suatu tajuk juga yang hangat di media sosial ketika ini iaitu drama terbitan Korea, The World of the Married. Apa lah cerita pasal drama pulak ni dalam bulan bulan puasa ni kan. Sebenarnya nak kupas inti pati yang kita peroleh daripada drama tersebut.
THE WORLD OF THE MARRIED - mengisahkan tentang hubungan sebuah kekeluargaan yang hancur kerana sebuah kecurangan sang suami. Kepercayaan yang di beri oleh sang isteri di robek robek tanpa belas. Sehingga pada akhirnya, anak menjadi mangsa serta tertekan dengan situasi yang di alami. Setiap jalan cerita dalam drama ini banyak terjadi dalam kalangan kita. Malah ada di antara kita masih tersepit dengan kecurangan yang di lakukan oleh pasangan.
1. Kepercayaan pasangan - jangan ambil mudah bila pasangan meletak kan kepercayaan pada kita. Sekali kita langgar kepercayaan nya. Belum tentu kita di maafkan dan sehingga bila bila mereka tak akan lupa setiap apa yang kita lakukan.
2. Jangan jadi kan apa sahaja sebagai alasan - ada antara kita terpaksa berkorban perasaanya demi anak sehingga diri nya terkorban. Ada yang memilih untuk move on tapi di gelar selfish kerana tidak menjaga perasaan anak.
3. Batas pergaulan - pada era ini, isu curang antara pasangan bukan satu isu yang biasa lagi. Terlalu banyak terjadi. Kebanyak kan terjadi bila kita tidak pandai mengawal batas pergaulan ketika di pejabat atau di mana sahaja sehingga kita membiarkan orang luar masuk dalam rumahtangga. Keluar makan bersama, bergelak ketawa tepuk tampar. Nampak simple dan kita akan kata, " kawan office je" tapi impak yang kita tak nampak sangat besar.
4. Saling menghargai - hal ini ramai yang lupa terutama orang lelaki. Tapi tak semua ya. Hanya segelintir. Hargai pasangan kita. Walaupun hanya dengan sebuah senyuman. Pasangan kita akan lembut hati.
0 Comments