Hadiah Anniversary Mak Ayah
Assalamualaikum hai.. tak lama lagi Anniversary mak ayah. Tak tahu nak beri hadiah apa. Hmmm.. bagi hadiah penginapan di Cameron Highland pun okay juga. Selama ni sibuk kerja, masa ni lah nak beri mak ayah masa untuk rehat. Ye daaak ?
Selain dari menikmati cuaca yang sejuk, mak ayah boleh pergi petik buah strawberry dan dating macam muda muda dulu.. alahhhhai sweeeetnya.
Hotel yang menjadi pilihan and had been shortlisted adalah Hillside Cottage. Jom kita review sikit;
Hillside Cottage
Hillside Cottage Cameron Highland merupakan hotel di Tanah Rata milik muslim. Lokasinya sangat strategik. Nak ke mana-mana boleh hanya dengan berjalan kaki.
Terdapat beberapa jenis bilik yang ditawarkan iaitu bilik Rafflesia, bilik Tulip (bilik keluarga) dan bilik studio pada harga yang sangat berpatutan. Kemudahan wifi turut telah di naik taraf untuk kepuasan para tetamu.
Apa yang menarik tentang Hillside Cottage ni ialah reka bentuk biliknya yang berasaskan kayu seperti rumah di kampung-kampung. Memang sangat instagrammable!!
Nak nak lagi kawasan cottage di kelilingi dengan keindahan alam semulajadi yang mendamaikan. Memang sangat sesuai bagi korang yang ingin mencari ketenangan dari kesibukan kerja harian.
Nak sambut anniversary ke birthday ke atau suprise arrangement pun pihak cottage boleh buatkan. Malam-malam nak bakar BBQ pun boleh. Caj yang dikenakan pun murah murah je.
Mesti baca: 18 Hotel menarik di Kuantan Pahang untuk percutian yang menyeronokkan.
Mesti baca: 18 Hotel menarik di Kuantan Pahang untuk percutian yang menyeronokkan.
Hillside Cottage Resort,
Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang
Harga : RM110 - RM200 semalam
Social Plugin