Resepi Ayam Blackpepper by Cik Sunflower 🌻
Assalamualaikum hai semua. Salam Ramadan almubarak. Hari ni dah masuk hari ke enam kita berpuasa. Sekejap je kan. Pejam celik pejam celik nanti dah sebulan.
Macam mana puasa tahun ni ? Ya tahun ni kita berpuasa dalam keadaan PKP. Kita kutip hikmah nya jadi kan sandaran untuk kita teruskan di masa akan datang di antaranya kita boleh menghabiskan masa yang lebih banyak untuk beribadah. Kalau sebelum ni kita terkejar kejar dengan kerja, sekarang Allah beri kita cuti agar kita boleh tumpukan perhatian pada ibadah.
Para ibu ibu dekat rumah tentu ada yang picit picit kepala buntu hari ni nak masak apa. Betul tak ibu ibu sekalian ? Biasalah kita ni kan kalau dah nak masak ada sahaja yang kita fikir. Kebetulan hari ni saya masak ayam blackpaper.. terinspirasi dari lamb chop yang saya masak semalam. Kalau rasa berkenan boleh cuba dan keep resepi ni untuk keluarga. In syaa allah, niatkan yang baik baik masa memasak in syaa Allah harmoni hidup berkeluarga.
Resepi yang sangat mudah terutama untuk mereka yang beginner.. untuk para isteri/ ibu atau anak dara yang teringin nak belajar. Yes you may use this recipe. Mudah dan tak renyah. Jangan malu untuk belajar.
Okay untuk ayam blackpepper version Cik Sunflower 🌻
Kenapa Sunflower sebab sy fanatic sangat dengan Sunflower. Heheh
Bahan- bahan yang di perlukan untuk perap ayam;
1. 1 ekor ayam yang dah di potong dan di bersihkan. Boleh potong ayam kecil - kecil. Sy suka besar- besar puas makan hehe.
2. 3 ulas bawang putih **
3. 1 biji bawang merah **
4. 1 sudu makan blackpepper **
5. 1 sudu camca tepung jagung
6. 1 sudu camca minyak bijan (optional) takde pun tak apa. Takda masalah.
** tumbuk halus bahan bertanda **
Dah siap tumbuk satukan semua bahan di atas pada ayam yang telah siap di cuci seperti ini 👇
Gaul dengan rata dan perap selama 30 minit. Tapi kalau nak cepat perap la dalam 15 minit macam tu. Sementara di perap sauna ayam tu sediakan bahan bahan untuk buat kuah blackpepper tu ye.
Bahan-bahan kuah blackpaper;
1. Cili masak di potong menyerong
2. 4 ulas bawang putih potong halus
3. 1 ikat daun pandan
4. 1 biji bawang besar potong dadu. Saya potong ikut dan je heheh.
4. 1 inci halia di tumbuk
5. 1 sudu makan lada hitam di tumbuk halus
6. 2 sudu makan sos tiram
7. 2 sudu camca tepung jagung bancuh dengan air.
8. 1 sudu makan butter
9. 1 kiub pati ayam
Dah ready ?
1. Okay sekarang gorengkan ayam yang telah di perap dan kemudian toskan minyak. Tak perlu garing sangat ye.
2. Dah siap goreng ayam, kita sediakan kuah blackpaper. Mula-mula masuk kan 1 sudu makan butter, bawang putih, halia, dan daun pandan. Bila dah naik bau wangi, masukan lada hitam yang dah di tumbuk halus tadi. Perlahan lahan masuka 2 cawan air sedikit demi sedikit.
3. Bila air dah mendidih masukan sos tiram dan kacau. Masukan pula kiub pati ayam tadi. Jangan lupa, masukan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit dan biarkan sehingga ia pekat.
4. Dah pekat masukan ayam yang di goreng tadi dan gaul sehingga rata. Masukan cili yang dah di potong bersama bawang besar tadi. Gaul gaul gaul.. taraaa dah siap untuk di hidang.
Selamat mencuba 😉
Social Plugin