Happy Birthday Nana
Asalamualaikum
Hola my dear friend Nurul Farzana
bt Fauze..
Alhamdulillah dan tahniah sebab
hari ni kau dah bertambah lagi satu angka.. Birthday yang ke berapa ye??? Hihi rahsia
kan.. Nana, dengan bertambahnya usia ni maka semakin besar tanggungjawab kita. Nana,
aku doakan kau bahagia dunia dan akhirat, tercapai segala impian yang kau ingin
gapai.
Nana,
Terima kasih kerana menjadi salah
seorang sahabat aku. Sentiasa ada ketika susah dan senang. Malah kau sentiasa
akan berusaha menceriakan aku kalau aku sedih atau stress. Kita kenal dah cukup
lama tapi yang akrabnya ukhuwah antara kita selepas kau keluar ICU dan masa
kita form 5. Kau keep advice aku to be the better one. Alhamdulillah, sehingga
ke hari ni ukhuwah kita masih terjalin dan harap ia kekal sehingga ke akhir
nafas.
Keindahan persahabatan kita cukup
nian. Tak mampu aku gambarkan dengan kata-kata. Pelbagai rintangan yang kita
lalui, sedih, gembira, suka dan duka kita hadapi bersama tanpa rasa gentar. Kerana
apa? Kerana kita sentiasa yakin bahawa Allah sentiasa bersama dengan kita. Andai, pengakhiran nafas memisahkan kita.. aku
bahagia sebab aku ada sahabat yang sangat memahami dan menyayangi aku.
Aku akui, kita jarang berkumpul
sama-sama macam azwin and the gangs.. tapi kita tau, doa dari setiap kita tak
pernah putus. Malah bagi aku itu lebih manis. Dan bila ada pertemuan diantara
kita, itu menjadi lebih meriah kerana pelbagai cerita will be shared by each
other.. How wonderful at the moment.
I love you Nana and the whole of
Neifa’s.
Bulan dan bintang, bersinar
berkerlipan dan menerangi keindahan
malam.
Tanpamu bulan Malam kegelapan Tanpamu bintang Hilanglah
keindahan
Social Plugin