KELEBIHAN SURAH YUSUF DAN TAHA
Kali ni saya nak berkongsi kelebihan surah Yusuf ayat 4, ianya
bagus diamalkan jika kita sentiasa perlu berjumpa orang atas urusan kerja.
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara
Kaukabauw Wasy Syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Bermaksud:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,“Wahai
Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan
bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”
Khasiat
ayat ini :
1 - Manis dipandang orang.
2 - Wajah menjadi berseri-seri.
3 - Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.
1 - Manis dipandang orang.
2 - Wajah menjadi berseri-seri.
3 - Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.
Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39
“Wa-alqaitu a’laika mahabbatan minnii walitushna’a'laa ‘ainii”
Bermaksud:
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)
Caranya:
“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)
Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami,
bacalah kedua ayat ini. Untuk dapatkan kesan yang baik,
hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu
membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu
agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat
sebanyak 3 kali.
Cara mengamalkannya :
- Baca Kedua-dua
potongan surah yusof ayat 4 dan surah taaha ayat 39.
- Baca 3 kali
kemudian sapu pada muka anda.
- Amalan ini juga
sesuai bagi mereka yang sukar dapat jodoh.
- Jangan membaca
tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf, ayat 4 dibaca sehingga
selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah
Taha, ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf. Paling
mudah sebelum baca ayat, mulakan dengan bacaan ta'awwuz (A'uzubillahi
Minash Shyaitan nir Rajeem) terlebih dahulu.
Pssst.....
*Penting!Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan
tujuan yang tidak baik. Sebaikanya di gunakan untuk menambat hati encik suami. Yang baik datang dari Allah yang buruk dari diri sy sendiri. Jazakallahu khairan kasira
Social Plugin