Syafakillah syifaan ajilan - viral fever-
Assalamualaikum hai korang. Malam ni ambang merdeka kan.. sepatutnya aku pun gather dengan family malam ni. Tapi kesihatan sangat tidak mengizinkan. Maka terdamparlah aku di katil.
Aku ni jarang nak jatuh sakit. Tapi bila sekali dah kena. Memang terasa bisanya.. ya Allah masa tu fikiran ni sentiasa ingat mati. Last aku kena viral fever ni masa lepas kawin. Memang kaw kaw.. sekejap pergi ambil darah dekat hospital. Orang yang tak kena sakit ni memang susah nak faham. Bayangkan.. tengah kau sedap sedap rasa segar (dah sihat) kau rasa seram sejuk. Kau memang akan rasa shivering gila gila. Aku pernah sampai baring dekat dapur ofis ye. Sebab situ je ada cahaya matahari yang masuk dan terasa panas. Tapi. Ada tapi. Tak semua orang faham situasi viral fever. Asyik on off je kerja. Tah iya tah tidak demam tu.
Eah ada mulut mulut camni. Bukan tak ado kay. Jangan kan nak jalan. Bangkit pun pening. Makan pun tak ada selera. Semua pahit. Tu belum bila makan semua keluar balik. Lemau okay..
Mesti ada yang tertanya apa benda lah viral fever.

- Demam viral (viral fever) adalah istilah untuk sekumpulan jangkitan virus yang menjejaskan kesihatan badan dan menyebabkan demam tinggi, sensasi terbakar di mata, sakit kepala, sakit badan dan kadang-kadang loya dan muntah.
- Demam viral adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak dan orang tua kerana imuniti mereka lebih rendah. Jangkitan virus boleh berlaku di mana-mana bahagian badan misalnya usus, paru-paru, otak dan lain-lain. Demam yang tinggi biasanya merupakan tanda sistem imun badan memerangi jangkitan virus tersebut.
- Demam virus biasanya disebabkan oleh jangkitan virus melalui udara, walaupun ia boleh disebarkan melalui saluran air. Walaupun anda boleh mengambil langkah-langkah pencegahan, ia adalah hampir mustahil untuk mencegah jangkitan virus melalui udara.
- Demam virus membimbangkan dan dalam kebanyakan kes, ia boleh sembuh tanpa sebarang rawatan perubatan. Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk membezakan antara jangkitan bakteria dan demam virus kerana mereka berkongsi gejala yang sama.
- Oleh itu, anda harus berunding dengan doktor jika suhu badan anda mencapai 102 darjah Fahrenheit atau jika suhu badan anda tidak menurun selepas 48 jam.
Tu lah maksud viral fever. Meh aku tunjuk simptom viral fever.
- Demam yang sangat tinggi
- Demam yang bersifat berselang-seli (berlaku secara berkala)
- Demam sehingga menggigil
- Demam yang tidak reda dengan ubat-ubatan
- Demam yang berlarutan untuk masa yang lama
- Sakit sendi
- Kemuntahan
- Muka bengkak
- Ruam kulit
- Sakit badan
- Kelemahan
- Keletihan
- Hidung tersumbat
- Batuk
- Sakit kepala
- Cirit-birit
- Pening kepala
- Sakit otot
- Keradangan tekak
- Selesema
- Tonsil yang menyakitkan
- Kurang selera makan
Serius gais.. kalau korang demam dan ada tanda tanda ni.. pergilah jumpa doktor.. sebab doktor aku cakap semalam. Sometimes viral fever boleh jadi tanda kita nak kena denggi. Tu kata dia.
Part yang seronok bila demam ni.. cik suami layan habis. Alhamdulillah. Bila malam je dia akan check suhu lepastu letak kain basah dekat kepala. Pastu kejut minum air. Kejut minum ubat. Anak pun dia handle. Alhamdulillah wa syukurillah. Terima kasih awak 😍 semoga Allah ganjarkan pahala yang berlipat ganda dan murah rezeki..
Bila aku kat kedai. Every four hours akan call tanya dah makan ubat ke belum.
P/s: sekarang ni kan musim demam. Sila berjaga2. Banyak kan minum air putih dan kalau rasa sakit je cepat pergi jumpa doctor. Ubat hanya sebagai usaha kita. Yang menyembuhkan Allah swt.
P/s: sekarang ni kan musim demam. Sila berjaga2. Banyak kan minum air putih dan kalau rasa sakit je cepat pergi jumpa doctor. Ubat hanya sebagai usaha kita. Yang menyembuhkan Allah swt.
Reference
Vicknarajan.S, Universiti Hasanuddin/doctor.on.call/
Social Plugin