Assalamualaikum.
Dah nak hujung tahun ni mesti banyak dapat wedding / e-day
invitation kan? Nak2 yang invite tu kawan kita sendiri. Pasti ramai yang
tersentap di sanubari ‘ em kawan aku dah nak bertunang’ takpun ‘ bestnye kawan
aku nak kawin dah. Em aku ni bila lagi’ pasti ayat2 ini akan terpacul di bibir
kita kn?
Tak usah la membohongi diri. Kerana itu normal. Apabila kita
mulai menginjak ke umur 20 –an, Allah mulai uji kita dengan kehidupan yang
sebenar. Saat ini pelbagai ujian yang akan kita hadapi untuk memperkukuhkan
iman di dada seterusnya menjadikan panduan untuk di masa hadapan. Namun, di
kesibukkan kita memikirkan soal siapa jodoh kita, dengan siapa kita akan
berkahwin, siapa yang akan jadi pasangan kita till jannah, kita lupa sesuatu
yang sangat dekat dengan kita. Apa yang sangat dengan kita? MATI. Itu lah
paling dekat dengan kita saat ini.
Kita begitu leka mempersiapkan diri dengan ilmu rumahtangga,
tapi kita lupa untuk mempersiapkan ilmu akhirat. Saya berbicara seperti ini,
kerana adaklanya saya juga leka dengan dunia sehingga alpa bahawa ada dunia
lain yang sedang menanti kehadiran saya pada bila-bila masa. Saat inilah,
syaitan akan menyimpang siurkan hati kita agar berpaling dari ilmu ukhrawi.
Bagaimana sekiranya, ajal yang mendahului kehidupan kita dan
bukannya jodoh. Betapa ruginya kita kerana masa yang terluang banyak di
habiskan dengan memikirkan jodoh sahaja. Ya tidak semuanya seperti itu, tetapi
tidak salah untuk saya memperingati agar kita tidak leka. Allahu Allah,
andainya ajal yang menyapaku dahulu, aku redha kerana itu mungkin yang terbaik
untuk aku. Mungkin itu sahaja agar aku jauh dari melakukan dosa. Dan semoga aku
bertemu dengan pasangan ku di akhirat nanti. Walaubagimanapun, sekiranya jodoh
yang tiba dahulu. Alhamdulillah kerana aku masih mampu mengumpul pahal di sisi
sang suami.
Jadi, tak perlu lah kita merasa tertekan bila melihat
rakan-rakan yang nak naik pelamin, itu rezeki mereka kerana Allah memberi
mereka jodoh yang awal. Pada rakan-rakanku yang belum, jangan risau, kita masih
muda dan perjalanan hidup masih panjang. Ingat, ibu bapa kita menanti kan
kejayaan kita. Realisasikan dahulu impian ibu bapa. memilih pasangan itu bukan
mudah. Haruslah berhati-hati kerana dia yang akan memimpin kita sehingga hela
nafas yang terakhir. Cukupkan ilmu dunia dan akhirat di dada. In syaa Allah,
Allah akan hantar seseorang yang cukup baik untuk kita. Yang lewat itu lebih
baik sahabatku.
Persiapkan diri dengan ilmu akhirat. Kerana kita tidak tahu
bila Allah ingin mengambil nyawa kita. Andai di usia muda Allah panggil kita
pulang, syukur Alhamdulillah sahabatku. Kerana saya sendiri takut melihat dunia
sekarang yang penuh dengan pancaroba , umpat umpatan, cacian dan fitnah
memfitnah. Semoga kita semua di ambil dengan keaadan khusnul khatimah. Jazakumullah/
jazakillah khu khair
yang mana akan melamar ku dahulu?
0 Comments