Looking For Anything Specific?

Header Ads

Hatiku yang rawan


Assalamualaikum.
Lama dah tak update blog. Busy dengan dunia yang sentiasa terkejar-kejar dalam mencapai angan-angan. Namun begitu ukhrawi tak pernah di lupakan. Kerana bila-bila masa sahaja kita akan di panggil. Allahuakbar, tak sabar untuk terima panggilan itu. Ya mungkin ada yang mengangap aku berbicara yang bukan-bukan. Tapi itulah hakikatnya. Dan itu sebaik-baiknya.
Wahai pemilik hatiku yang hakiki, sesungguhnya hati kecil ini tidak mampu lagi menampung kesakitan dan rasa hati. Semakin hari ia semakin kritis. Ku cuba ubatinya dengan zikrullah dan ‘surat-surat cinta –MU’. Tapi adakalanya aku tewas juga. Bait-bait surat cinta-MU sangat mendamaikan hati yang sedang rawan.
Hati yang rawan.. ya begitu rawan sekali sehingga sering kali sahaja ia sakit dan terluka. Terlalu banyak bebanan yang dia tanggung dan terpaksa tanggung. Adakalanya ia harus menanggung atas kesalahan orang lain. Ya ia sakit dan terlalu sakit. Kita seringkali mencuba dan berusaha menjaga hati orang lain agar tidak sakit. Sebaliknya kita yang menerimanya.
Salahkah aku untuk berterus terang? Salahkah aku untuk menyampaikan hal yang sebenarnya? Salahkah aku ingin menegakkan yang mana hak dan dan yang mana batil. Perlukah aku untuk tunggu sehingga ia terbongkar? Mana harus aku letak muka dan maruahku tatkala itu? Adakah pernah terfikir tentang itu? Tidak! Kerana hati mereka lebih penting. Hati mereka lebih murni untuk di jaga. Adilkah seperti itu? Kenapa harus di bangkitkan lagi? Dan kenapa tidak mengakui sahaja kesalahan itu? Kenapa ego membatasi akal fikiran? Ya hubungan itu lebih penting dari mengakui kesilapan kamu kn? Tahniah. Tak mengapa, saat ini aku hanya malu pada kalian dan itu lebih baik daripada aku malu di hadapan orang ramai yang tidak aku kenal asal usul mereka.
Di mana hati nurani kalian? Seharusnya bersyukur kerana sebelum berkahwin kamu sudah mengetahui sikapnya. Jujur, bukan niatku untuk memporak peranda hubungan kalian, tapi aku harus jujur kerana aku tak sanggup lagi menyimpan rahsia dan aku takut satu hari nanti kalian akan lebih teruk memarahiku. Doakan saja aku pergi dulu sebelum kalian dan itulah harapanku. Aku tahu, di antara kalian tidak menyenangi diriku. Aku sedari hal itu tapi aku biarkan kerana aku tak mahu hatiku rawan. Aku tidak meminta lebih. Cukup kau hargai perit jerih aku membantu kamu dalam tugasan. Bukan bayaran atau kasih sayang yang aku minta.. Cuma hargai pertolongan aku. Langat-Gombak bukan kawasan yang cukup dekat. Aku usahakan untuk tolong kamu kerana aku tak sanggup melihat kawan-kawan jatuh. Aku ingin semuanya sama-sama bangkit. Pernah aku cakap aku kemalangan setelah pulang menghantar kamu. Tapi kamu diam membisu. Justeru itu, aku minta tolong hargai usahaku membantu kamu. Terima kasih atas semuanya.
Sebelum ingin menjatuhkan kesalahan di atas pundak aku, cerminkan diri kalian terlebih dahulu. Mungkin kalian tidak akan perasan tapi mata-mata lain lebih mengetahui. Ya kalian ibarat memegang kuasa veto. Tahniah, semua mendengarkan kalian. Tapi kalian lupa, berapa ramai yang hatinya terguris dengan sikap kalian? Kalian tidak peduli? Silakan tapi ingat Allah itu maha adil.
Jangan risau, aku tak akan berdendam dengan kalian. Aku doakan kalian bahagia dunia akhirat dan Berjaya. Terima kasih untuk apa yang terjadi hari ni. Andai esok tiada lagi untuk aku. Maafkanlah diri yang kerdil ini.


p/s: nukilan ini bukan berniat memalukan sesiapa tetapi ini luahan hati seseorang yang hatinya cukup rapuh dan rawan.


Post a Comment

0 Comments