Lama rasanya jari jemari tidak menyentuh papan kekunci
sambil meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati. Belakangan ini, aku
selalu teringat someone yang pernah menceriakan aku. Yang pernah membuat
bibirku senantiasa tersenyum malah pernah mengisi kekosongan di hati daripada
di zalimi lelaki lain yang hanya tahu mempermainkan perasaanku. Ya dia adalah
penyelamat. Tatkala aku jatuh tersungkur dek perbuatan lelaki yang
mempermainkan perasaanku, akhirnya dia datang menghiburkan hari-hariku. Tapi sayang
hubungan ini tidak kekal lama. Hanya 6 bulan. Ya hanya 6 bulan sang pelangi
menyinari hari-hariku. Meskipun berpisah secara baik, malah tiada timbul isu
curang di antara kami. Hanya kerana ilmu yang kami ingin cari. Alhamdulillah,
kami masing-masing memperoleh keputusan yang cemerlang untuk SPM. Walapun tidaklah
secemerlang mereka yang straight A’s. pernah aku cuba untuk approach semula. Mm
tak malu kan aku ni.. hhaaha. Tapi di tolak. Apa? Dia ada pengganti? Nope, he
didn’t find my replacement yet. Cuma aku je yang dah jumpa pengganti. Malah dah
dua kali aku bertemu dengan orang baru. Tapi tetap tidak mampu membuatkan aku
untuk melupakan dia. Kenapa? Adakalanya aku menangis macam mana aku nak lupakan
dia? Dia terlalu baik untuk aku. Masih teringat, sewaktu on phone dengan dia,
aku tiba-tiba sesak nafas. Dia dengan pantasnya letak phone ke tepi dan
mengambil wudhuk lalu membacakan al-quran untuk aku sehingga aku terasa lega. Ya
Allah, terima kasih awak.
Tapi, setelah 6 tahun, perasaan ini masih lagi sama. Ingin mencari
dia. Kenapa susah sangat untuk aku lupakan dia? Kenapa bayangannya semakin acap
kali menjelma belakangan ini. Hampir nanar aku dibuatnya. Tatkala ini, aku akui
sudah bersama dengan orang baru. Tapi hati aku kosong. Tiada getaran. Tiada rasa
cinta. Yang hanya ada persahabatan. Aku tidak mampu berikannya rasa cinta. Andainya
dia juga tahu perasaanku ini, apakah responnya? “Abang, nur rindu kan abang. Nur
akan sentiasa doakan kejayaan abang dunia dan akhirat.”
“abang tahu, nur terjumpa gambar kita masa mula-mula kita
keluar raya sama. Bila tengok gambar tu nur terus nangis. Sebab terlalu rindu
dengan abang.”
Andainya dia boleh mengetahui perasaanku ini. Izinkanlah sekeping
hati yang hampir hancur ini masuk kedalam hati dia. Semoa satu hari nanti kita
akan berjumpa lagi.
1 Comments
Andai masa dapat di undur. Ingin aku gapai hati kau semula. Tapi itu semua dah berlalu. Aku harap kau bahagia.
ReplyDelete