Looking For Anything Specific?

Header Ads

Senior aku suami aku

“Haish, tak nak banyak pulak budak ni letak buku dia bawah meja. Tunggu lah kau aku akan jadikan buku-buka kau sebagai drawing block aku.” Azreen mengomel sendirian setelah melihat bilangan buku teks yang di tinggalkan pelajar sesi petang di bawah meja nya. Idea nakal mula bermain di kepala dan saat ini masanya untuk dia menunjukkan bakat yang terpendam. Di ambil buku teks kemahiran hidup lalu di conteng dengan lukisan- lukisan kartun kegemarannya. Dalam hati Azreen mula ketawa hebat kerana dapat membalas dendam dengan pelajar sesi petang yang duduk di mejanya.
“ Hahahaha padan muka kau budak! Lain kali kau tinggalkan lagi buku banyak-banyak. Haa nasiblah kau.”
Hatinya gembira tak terkata, teman di sebelah hanya mampu menggeleng dengan kerenah Azreen yang adakalanya gila-gila. Azreen tidak sabar untuk melihat reaksi pelajar petang tersebut mengamuk melihat buku-buku teksnya di conteng.

“kriiiiiiiing……. Kringggggg….” Loceng akhir mula berteriak menandakan kelas telah pun tamat. Azreen melangkah laju ke perpustakaan sekolah kerana dia harus menghadiri mesyuarat mingguan pegawas perpustakaan sekolah. . Niatnya untuk melihat wajah pemilik meja yang berkongsi dengannya tidak kesampaian gara-gara mesyuarat mingguan. Walaubagaimanapun hatinya tetap puas kerana dapat mengenakan pelajar tersebut.

Syaadah melangkah masuk ke dalam kelas dengan keadaan yang longlai kerana dia kurang sihat pada hari tersebut dan keadaan cuaca yang terik membuatkan dirinya bertambah lemah. Di sandarkan badannya yang lemah itu pada kerusi dan mengeluarkan buku teks kemahiran hidup yang dia tinggalkan di bawah meja. Dengan tergopoh gapah dia cepat-cepat menyalin nota yang di suruh Cikgu Salamah semalam. Saat dia membuka buku teks tersebut, hatinya mula terbakar melihat lukisan kartun yang di lukis pada buku teksnya.

“alamak aih. Ni siapa pulak punye kerja? Memang cari nahas la budak meja pagi ni. Memang nak kena budak perempuan ni. Nama je sedap tapi perangai cam setan.”

 Syaadah yang pada mulanya lemah terus bersemangat setelah melihat hasil seni yang di tinggalkan. Habis sumpah seranah di lemparkan pada si Azreen yang dia sangka perempuan. Matilah kau Azreen singa betina dah mengamuk.

Minggu kedua bulan februari akan diadakan sesi gotong-royong membersihkan kelas bersama pelajar sesi pagi. Syaadah mengambil kesempatan ini untuk mencari pelajar yang bernama Azreen. Pantang bukunya tinggal, esok mula lah timbul hasil seni yang pelbagai. Kemarahan syaadah mulai memuncak. Memang nak kena budak pagi ni. Senior tak senior siapa suruh kacau hal peribadi dia.

Saat yang di tunggu akhirnya tiba. Syaadah masuk ke dalam kelas bersama rakannya Dahlia. Di perhati sekeliling kelas mencari budak perempuan nama Azreen yang suka sangat menconteng buku-buku teksnya. Setelah hampir 15 minit berpusing dan memerhati, tak ada sorang pun budak perempuan yang bernama Azreen. Walau bagaimanapun ekor matanya dapat menangkap sosok tubuh seseorang sedang memerhatikan tindak tanduknya. Perasaan barangkali. Syaadah meneruskan kerja-kerjanya memotong kertas warna dan menghias papan kenyataan kelas.


Syaadah pulang dengan hampa kerana tidak dapat berjumpa dengan budak Azreen tersebut. Sebaliknya di pihak Azreen dia seperti dapat mengagak pelajar yang berkongsi meja dengannya. Dia yakin, budak perempuan yang bertudung putih tadi merupakan pelajar yang menjadi mangsa contengan buku teks oleh Azreen. Azreen mula mengatur strategi untuk mengenali siapa gadis tersebut. Tapi dengan siapa dia harus bertanya?

Setelah seminggu berlalu, Syaadah merasa lega kerana tiada lagi contengan pada buku-buku teks yang di tinggalkan. Syaadah gembira kerana tiada lagi gangguan dari makhluk bernama Azreen. Beberapa bulan terakhir sebelum berpindah ke tingkatan dua, Syaadah berasa mula jatuh hati pada seseorang yang juga rakan sekelasnya. Bermula lah kisah Syaadah bersama Fareez. Setiap hari mereka akan berjumpa di perpustakaan. Tanpa di sedari ada mata yang memerhati tingkah mereka.
“Awak, saya rasa kan ada orang pandang kita lah.” Syaadah memandang sekeliling untuk melihat siapa yang memerhatikan mereka.
“Perasaan awak je tu Scha. Mana ada siapa-siapa kat sini melainkan buku-buku ni ha.” Fareez cuba menyedapkan hati Syaadah meskipun dia berasa halkan yang sama. Jauh di sudut hati, Syaadah masih tertanya- Tanya kemana perginya pelajar yang sering menconteng bukunya selama ini. Syaadah beranggapan Azreen telah berpindah ke meja lain. Dia mula rindu untuk melihat lukisan-luksan pada buku-buku teksnya.

“Hmm kenapa dia tak conteng buku aku lagi? Akak ni marah aku ke? Eah kejap. Tapi betul ke perempuan si budak Azreen ni?” Syaadah terus ternanti-nanti gerangan manusia bernama Azreen sehinggalah pada suatu hari dia bergaduh dengan Fareez di perpustakaan hanya kerana lukisan kartun. Akibat cemburu yang terlalu kuat, Fareez naik angin dan mengambil keputusan untuk melepaskan Syaadah.  Syaadah beruntung kerana hari tersebut merupakan hari terakhir bersekolah dan kebetulan tahun hadapan dia tidak perlu lagi menghadap muka si Fareez kerana mereka akan berpisah kelas.

“Argh peduli apa aku kau nak cemburu buta bagai. Untung aku naik kelas tak yah tengok muka kau lagi kat kelas. Pergi jahanam kau sana.” Dengan marah yang masih bersisa, Syaadah melangkah pergi ke padang sekolah untuk menenangkan hatinya yang kecewa. 

Post a Comment

0 Comments