Senior aku suami aku
“Haish, tak nak banyak pulak budak ni letak buku dia bawah
meja. Tunggu lah kau aku akan jadikan buku-buka kau sebagai drawing block aku.”
Azreen mengomel sendirian setelah melihat bilangan buku teks yang di tinggalkan
pelajar sesi petang di bawah meja nya. Idea nakal mula bermain di kepala dan
saat ini masanya untuk dia menunjukkan bakat yang terpendam. Di ambil buku teks
kemahiran hidup lalu di conteng dengan lukisan- lukisan kartun kegemarannya. Dalam
hati Azreen mula ketawa hebat kerana dapat membalas dendam dengan pelajar sesi
petang yang duduk di mejanya.
“ Hahahaha padan muka kau budak! Lain kali kau tinggalkan
lagi buku banyak-banyak. Haa nasiblah kau.”
Hatinya gembira tak terkata, teman di sebelah hanya mampu
menggeleng dengan kerenah Azreen yang adakalanya gila-gila. Azreen tidak sabar
untuk melihat reaksi pelajar petang tersebut mengamuk melihat buku-buku teksnya
di conteng.
“kriiiiiiiing……. Kringggggg….” Loceng akhir mula berteriak
menandakan kelas telah pun tamat. Azreen melangkah laju ke perpustakaan sekolah
kerana dia harus menghadiri mesyuarat mingguan pegawas perpustakaan sekolah. . Niatnya untuk melihat wajah pemilik meja yang berkongsi
dengannya tidak kesampaian gara-gara mesyuarat mingguan. Walaubagaimanapun hatinya
tetap puas kerana dapat mengenakan pelajar tersebut.
Syaadah melangkah masuk ke dalam kelas dengan keadaan yang
longlai kerana dia kurang sihat pada hari tersebut dan keadaan cuaca yang terik
membuatkan dirinya bertambah lemah. Di sandarkan badannya yang lemah itu pada
kerusi dan mengeluarkan buku teks kemahiran hidup yang dia tinggalkan di bawah
meja. Dengan tergopoh gapah dia cepat-cepat menyalin nota yang di suruh Cikgu
Salamah semalam. Saat dia membuka buku teks tersebut, hatinya mula terbakar
melihat lukisan kartun yang di lukis pada buku teksnya.
“alamak aih. Ni siapa pulak punye kerja? Memang cari nahas
la budak meja pagi ni. Memang nak kena budak perempuan ni. Nama je sedap tapi
perangai cam setan.”
Syaadah yang pada mulanya lemah terus bersemangat setelah
melihat hasil seni yang di tinggalkan. Habis sumpah seranah di lemparkan pada
si Azreen yang dia sangka perempuan. Matilah kau Azreen singa betina dah
mengamuk.
Minggu kedua bulan februari akan diadakan sesi gotong-royong
membersihkan kelas bersama pelajar sesi pagi. Syaadah mengambil kesempatan ini
untuk mencari pelajar yang bernama Azreen. Pantang bukunya tinggal, esok mula
lah timbul hasil seni yang pelbagai. Kemarahan syaadah mulai memuncak. Memang
nak kena budak pagi ni. Senior tak senior siapa suruh kacau hal peribadi dia.
Saat yang di tunggu akhirnya tiba. Syaadah masuk ke dalam
kelas bersama rakannya Dahlia. Di perhati sekeliling kelas mencari budak
perempuan nama Azreen yang suka sangat menconteng buku-buku teksnya. Setelah
hampir 15 minit berpusing dan memerhati, tak ada sorang pun budak perempuan
yang bernama Azreen. Walau bagaimanapun ekor matanya dapat menangkap sosok
tubuh seseorang sedang memerhatikan tindak tanduknya. Perasaan barangkali.
Syaadah meneruskan kerja-kerjanya memotong kertas warna dan menghias papan
kenyataan kelas.
Syaadah pulang dengan hampa kerana tidak dapat berjumpa
dengan budak Azreen tersebut. Sebaliknya di pihak Azreen dia seperti dapat
mengagak pelajar yang berkongsi meja dengannya. Dia yakin, budak perempuan yang
bertudung putih tadi merupakan pelajar yang menjadi mangsa contengan buku teks
oleh Azreen. Azreen mula mengatur strategi untuk mengenali siapa gadis
tersebut. Tapi dengan siapa dia harus bertanya?
Setelah seminggu berlalu, Syaadah merasa lega kerana tiada
lagi contengan pada buku-buku teks yang di tinggalkan. Syaadah gembira kerana
tiada lagi gangguan dari makhluk bernama Azreen. Beberapa bulan terakhir
sebelum berpindah ke tingkatan dua, Syaadah berasa mula jatuh hati pada
seseorang yang juga rakan sekelasnya. Bermula lah kisah Syaadah bersama Fareez.
Setiap hari mereka akan berjumpa di perpustakaan. Tanpa di sedari ada mata yang
memerhati tingkah mereka.
“Awak, saya rasa kan ada orang pandang kita lah.” Syaadah
memandang sekeliling untuk melihat siapa yang memerhatikan mereka.
“Perasaan awak je tu Scha. Mana ada siapa-siapa kat sini
melainkan buku-buku ni ha.” Fareez cuba menyedapkan hati Syaadah meskipun dia
berasa halkan yang sama. Jauh di sudut hati, Syaadah masih tertanya- Tanya kemana
perginya pelajar yang sering menconteng bukunya selama ini. Syaadah beranggapan
Azreen telah berpindah ke meja lain. Dia mula rindu untuk melihat lukisan-luksan
pada buku-buku teksnya.
“Hmm kenapa dia tak conteng buku aku lagi? Akak ni marah aku
ke? Eah kejap. Tapi betul ke perempuan si budak Azreen ni?” Syaadah terus
ternanti-nanti gerangan manusia bernama Azreen sehinggalah pada suatu hari dia
bergaduh dengan Fareez di perpustakaan hanya kerana lukisan kartun. Akibat cemburu
yang terlalu kuat, Fareez naik angin dan mengambil keputusan untuk melepaskan
Syaadah. Syaadah beruntung kerana hari
tersebut merupakan hari terakhir bersekolah dan kebetulan tahun hadapan dia
tidak perlu lagi menghadap muka si Fareez kerana mereka akan berpisah kelas.
“Argh peduli apa aku kau nak cemburu buta bagai. Untung aku
naik kelas tak yah tengok muka kau lagi kat kelas. Pergi jahanam kau sana.” Dengan
marah yang masih bersisa, Syaadah melangkah pergi ke padang sekolah untuk
menenangkan hatinya yang kecewa.
Social Plugin