Looking For Anything Specific?

Header Ads

Kelebihan Surah Yusuf Dan surah Taha

Assalamualaikum hai 🌻 Dulu aku dah pernah post tentang  kelebihan sirah yusuf dan surah Taha ni. Sekarang aku update balik supaya kita dapat amalkan sama2. Aku dah amalkan ni sejak sekolah lagi since ibu aku suruh. Apa yang kita amalkan ni biarlah untuk kebaikan jangan di salah gunakan untuk benda yang tak baik ye. 


Kelebihan Surah Yusuf Ayat 4


Kali ni saya nak berkongsi kelebihan surah Yusuf ayat 4, ianya bagus diamalkan jika kita sentiasa perlu berjumpa orang atas urusan kerja.





“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin
Bermaksud:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,“Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”

Khasiat ayat ini :
1 - Manis dipandang orang.
2 - Wajah menjadi berseri-seri.
3 - Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.
Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39

“Wa-alqaitu a’laika mahabbatan minnii walitushna’a'laa ‘ainii”
Bermaksud:“Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)
Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk dapatkan kesan yang baik,
hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Cara mengamalkannya : 
  1. Baca Kedua-dua potongan surah yusof ayat 4 dan surah taaha ayat 39.
  2. Baca 3 kali kemudian sapu pada muka anda. 
  3. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang sukar dapat jodoh. 
  4. Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf, ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Taha, ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf. Paling mudah sebelum baca ayat, mulakan dengan bacaan ta'awwuz (A'uzubillahi Minash Shyaitan nir Rajeem) terlebih dahulu.


Pssst.....
*Penting!Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik. Sebaikanya di gunakan untuk menambat hati encik suami. Yang baik datang dari Allah yang buruk dari diri sy sendiri. Jazakallahu khairan kasira

Post a Comment

0 Comments