Pengalaman bersalin tanpa koyakan natural
Assalamualaikum hai hai.
Aku belum rasa nak tidur lagi. Lagipun aku tunggu kek aku siap. Cik suami tiba2 teringin nak makan kek coklat pulak. Nasib semua bahan memang sentiasa ada. Almaklum kami sentiasa bersiap sedia untuk terima tempahan kuih dan kek. Okay sambil tunggu sambil aku menaip. Hahahah bagus kan aku. 😝
Aku nak kongsi pengalaman aku mengandungkan si kecik Qaisara. Anak sulung aku. 3 bulan lepas kahwin baru sangkut. Alhamdulillah rezeki aku datang masa bulan puasa. Masa tu aku baru lewat period sehari tapi rasa nak check. Dan tup2 naik double line. Sebab aku tak rasa apa2 pun. Tapi bila dah tahu mula lah kan. Macam2 nak makan dan yang paling tak tahan muntah dari pagi sampai malam. Hampir tiap hari warded emergency untuk masuk air. Lemah betul kalau masuk air. Sebab tak boleh nak bed rest. Kena duduk je sepanjang masuk air tu.
Tapi yang paling best, aku tak ada minum air gula. Hahaha. Untuk elak minum air gula ni, ibu ibu kena pastikan berat badan tak naik secara mendadak ya. Ada faham huhu.. tapi ini serious ya para ibu. Pastikan setiap kali nak jumpa misi, berat badan terkawal. Bukan apa, bila terlebih misi takut kita kena penyakit lain semasa mengandung macam darah tinggi dan kencing manis. Haaa gitchuu.
Aku warded awal sebab anak aku excited nak keluar cepat. Hahaha. Sebelum tu, aku amalkan minum minyak kelapa dara. Aku asing kan separuh masuk dalam bekas lain. Kenapa aku asingkan sebab yang satu untuk aku minum, yang satu lagi aku gunakan untuk urut dekat area perineum (maaflah kalau aku salah eja) sebaiknya minta tolong cik suami sebab kita memang tak kan sampai dah ya. Minta cik suami urutkan dan selawat banyak2 sambil doa supaya kita di permudahkan bersalin nanti. Aku doktor potong sikit je sebagai syarat je. Katanya.. Alhamdulillah tak sampai seruas jari pun. Pasal kelapa dara ni Ibu aku yang suggest. Thanks ibu 🌻
Lepastu aku amalkan minum air hujung rambut setiap kali mandi. Pastikan korang dah bilas bersih ya rambut tu heheh kang ada pulak yang minum bersabun2. Sekali lagi niatkan ya Allah semoga urusan melahirkan anak aku ini semudah air yang mengalir dirambut ku ini. Aku dapat petua ni dari Ibu angkat aku. Terima kasih ibu 💋
Makin dekat aku nak bersalin, aku makin kerap baca surah yusuf dan maryam. Zikir ‘ Lailahailla anta subhanaka inni kuntum minazzolimin ‘ jangan berhenti zikir ni walaupun dah masuk LR. Ya aku tau bila dah sakit2 apa pun tak ingat. Jangan risau dalam LR dorang dah siap tampal apa yang boleh korang baca. Kalau suami dapat masuk temankan, minta cik suami tu zikirkan dekat telinga korang. Cik suami jangan nak mengelat pulak ya. Teman la isteri tu. masa senang bukan main lagi kan. Masa dia sakit nak lahirkan zuriat korang tu, temanlah dia. Okay ? Baru gentleman boh 👻
Aku tepat azan isyak, keluarlah si comel princess aku dekat dunia. Allahu masa tu hilang rasa sakit yang kau rasa tendang misi masa contraction segala bagai. Hilang weyh. Dalam lelah tu, kau akan menangis syukur sebab Doctor akan letak baby atas dada korang. 5-10minit baby akan duduk atas dada supaya dia kenal bau badan mak dia dan untuk proses breastfeeding 🤱🏻 ye kawan2. Ya aku tau rata2 ibu yang pertama kali ni takut dengan jahit. Ya aku pun dulu takut yang amat. Tapi bila kau dah letih yang kau nampak nak tidur je + haus dan lapar hahahah. Lagipun Doctor dah bius awal2. Tapi ingat ya, tak kira korang bersalin normal atau czer, tolong jaga elok2 jangan sampai ada kes kena jahit balik atau luka dan bernanah. Ikut arahan Doctor. Sesetengah hospital dia dah sediakan ubat kuning. Tapi mana yang tak dapat, cuci luka tu dengan air suam yang dah campur dengan garam. Jangan korang memandai campur dengan limau pulak. (Aku pernah baca dekat info ibu hamil pasal ni ) banyak makan buah oren sebab oren banyak vitamin C. Luka cepat sembuh dan jahitan pun cepat tanggal.
Di sebabkan berat anak aku melepasi syarat hospital, jadi dia tak payah masuk dalam incubator. Maka bermula lah pengambaraan aku sebagai seorang ibu. Masa dia mula menyusu, menitik air mata aku. Teringat pengorbanan ibu aku lahirkan aku dulu. Allahu akbar. Sebab itu Rasulullah meletakkan darjat ibu 3 kali ganda nilainya.
Jadi ini lah serba sedikit yang boleh aku tolong untuk korang yang dalam proses nak bersalin atau sedang merancanh untung mengandung. Itu hanya pertolongan yang kita mampu buat. Tapi pertolongan yang lebih besar adalah Doa kepada yang Esa. Semoga di permudahkan segala urusan kita dunia akhirat.
Anak2 itu ibarat kain putih, kita yang mencorakkan mereka dengan keimanan dan ketaqwaan. Jazakallahu khaira kasira.
Okay dah boleh plan next baby 👶🏻 hahahahah. Ops 🤭
0 Comments