Looking For Anything Specific?

Header Ads

Stroller , Lift dan Escalator (tangga bergerak)

Assalamualaikum.

Sihat ke tu ? Kalau sihat alhamdulillah kerana masih di beri kesihatan yang baik oleh yang Maha Esa. Aku dah dua hari ni kepala berdenyut nyut nyut. Haih.. migraine begini lah. Tapi bila dah jadi mak mak ni. Sakit pun kita telan. Nak khabar ke suami pun segan. Harap dia faham je lah kita sakit. Harapnya gitu lah.

Dua hari lepas, kalau aku tak salah lah. Aku ada baca isu parents tolak stroller dekat Escalator. Haaa mula lah kan makcik bawang seantero dunia berbisik mengata yang bukan bukan.


Ni ank aku

Hai bawang rangers.. kami mak2 ni kadang bukan tak nak naik lift. Tapi cuba perhati lift tu. Yang sihat walafiat naik lift. Kadang tu ada couple yang acah2 sweet tahap potong kaki join sekaki. Haih la tepuk dahi aku tengok. Aku ulas bukan sekadar suka hati je. Sebab aku selalu kena benda macam ni. Sampai aku naik fed up nak usung stroller bila bawak anak aku keluar jalan. End up stroller tu aku jual balik. Sebab no point pun kalau bawa. Tunggu lift berabad. Nak bawak naik Escalator bahaya.

Halo Malaysian people. Please please please dahulu kan kepada yang memerlukan. Kalau kau sihat walafiat.. panjat lah tangga tu. Dah exercise sekali. Sebab tu ramai yang obess 🤭 maaf aku tak maksudkan untuk mereka yang benar benar obesity.  😔 so just stop to provoke. Yang aku maksudkan mereka2 yang sibuk hadap cermin pastu bising "eee badan I dah besar lah " "diet on " tapi sampai sudah habuk takdak..

Penat staff shopping complex tampal notice macam macam untuk bagi priority kepada yang memerlukan. Sebab tu orang kata orang Malaysia ni "rajin membaca" tu yang masuk, sumbat je dalam lift tanpa memikirkan orang lain.

Ni bukan setakat cerita stroller. Kadang ada anak anak yang soleh solehah ( semoga sentiasa dalam lindungan Allah ) bawa mak ayah dia jalan jalan. Makcik pakcik seronok bila anak anak usung dengan wheel chair. Tapi spoil bila lift terbuka je penuh dengan umat sihat walfiat. Buka je lift penuh. Keseronokan mak cik pakcik tadi pun bertukar hambar. Pernah korang terfikir ? Tak pernah la tu sebab tu korang selamba badak je dalam lift tu kan
 Opsss 🤭

Kalau rokok kita boleh suarakan dan buat kempen supaya smoker ni hisap jauh2. Kenapa isu stroller lift and escalator tak boleh ? Kalai berterusan macam ni, sampai bila pun tak kan bangkit weh. Isu ni bukan sehari dua di dendangkan. Dah bertahun.

Tolonglah aku mohon sangat dengan korang, tak jatuh ea martabat kalau korang naik Escalator. Sekarang mungkin hari kami. Esok lusa bila kau ada anak. Atau kau nak bawa parents kau jalan jalan dan kau kena benda yang sama baru kau tahu apa yang pernah kami kami ni rasa. Gaiis hidup ni ibarat roda. Tak selamanya kau di atas..


Gambar ihsan : 
https://www.facebook.com/raznizAzlyn


Ni gambar last anak aku pakai stroller lepastu aku jual balik.. end up bila g shopping mall lift penuh memanjang..




Raise up your voice. Sampai bila nak biarkan isu ni berpanjangan dan tiada penghujung ?




Post a Comment

3 Comments

  1. Kempen untuk ini seharusnya ada. Kalau tidak sampai bila pun tetap macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kempen boleh. Jangan hari ni up.. esok lusa lupa. At the end masalah tak kan selesai

      Delete
  2. Malaysia belum jadi macam korea/jepun. Huhu.

    ReplyDelete