Looking For Anything Specific?

Header Ads

Cara menggunakan aplikasi dan perkhidmatan Lalamove | Cik Sunflower 🌻

Assalamualaikum.. selamat malam dan salam Ramadan. Dah masuk hari ke sebelas dan berharap semua dapat menjalani ibadah puasa dengan baik.

Meskipun PKP mulai beransur longgar seiring dengan saranan Perdana Menteri tapi kita masih tetap harus menjaga jarak dan berwaspada dengan sekeliling.

Sebelum ni saya pernah kongsi kan cara menggunakan aplikasi Bungkusit. Seperti yang kita maklum, musim Ramadan kali ni terasa berbeza terutama kita tidak dapat ke Bazaar Ramadan seperti sebelumnya. Betul tak ? Malah yang kita maklum juga, sekarang ramai antara kita yang menjalankan jualan online. 

Jadi hari ni, saya nak kongsikan bagaimana menggunakan aplikasi Lalamove untuk penghantaran terutama makanan. Seperti yang kita maklum, ada di antara kita yang menjual kek, dan memerlukan penjagaan sangat rapi ketika penghantaran. 

Lalamove sangat membantu dan sangat di rekomandasi oleh saya. Harga juga berpatutan. Jom ikut saya bagaiman cara menggunakan aplikasi ini.

Sebelum tu, sila ke playstore atau appstore dan download aplikasi Lalamove.

Dah siap ? 

Sekarang click pada aplikasi maka bermula lah journey Lalamove anda .. haha.


Okay di atas di sediakan beberapa jenis kenderaan yang boleh di gunakan. Kalau barangan kita kecil seperti air dan makanan yang tidak perlu perhatian khusus seperti Mcd maka click pada motorsikal. 

Usai memilih, pastikan anda masuk kan pick up location barang anda. Masuk kan detail yang selengkapnya supaya runner nanti tak sesat. Dah selesai isi pula tempat yang hendak di hantar. Sebaiknya ambil alamat penuh penerima supaya runner tak pening dan lost semasa penghantaran.

 bila dah siap, akan keluar jumlah delivery di paparan bawah screen anda. Setiap kenderaan memiliki nilai yang berbeza ya sayang sayang..

Senang bukan ? 
Sebelum sebelumnya, saya menggunakan runner persendirian, memandangkan saya mempunyai masa yang sangat terhad saya terpaksa menggunakan khidmat atas talian agar pelanggan dapat menikmati kuih dan kek buatan saya. 

Boleh lah nanti cuba. Semoga berjaya kawan kawa 

Post a Comment

0 Comments