Mak mak akak akak masak apa hari ni untuk juadah berbuka ? Meh la kongsi sikit. Hari ni saya teringin sangat nak makan asam pedas untuk berbuka. Dari sahur fikir nak masak asam pedas apa. Tengah tadarus tiba-tiba teringat ikan salmon. Haa apa lagi pagi pagi terus berlari (nampak nau tipu ) ke pasar. Alhamdulillah rezeki hari ni, dapat juga ikan salmon. Saya beli dua keping je. Suami tak berapa gemar asam pedas tapi sebab dah teringin sangat layan juga lah. Okay.
Mungkin ada yang dah biasa dengar asam pedas salmon ni kan.. ayooo ngaku.. saya tahu ramai antara kita mempunyai resepi tersendiri dalam memasak. Betul tak ? Jadi hari ni saya nak kongsikan resepi yang mak saya selalu gunakan untuk masak asam pedas. Masa dekat pasar tadi saya lupa beli sayur bendi sebenarnya ðŸ˜.
Tak meriah asam pedas tak ada bendi.. tapi tak apa kita teruskan juga masak ye semua. Jom kita mulakan.
Bahan yang di perlukan;
🌻Ikan salmon 2 keping
🌻1 senduk cili kisar
🌻1 cawan air asam jawa
🌻1 ikat daun kesum
🌻1 batang bunga kantan
🌻1 biji tomato
🌻6 biji bawang merah
🌻5 ulas bawang putih
🌻1 inci halia dan kunyit hidup
Cara cara nya ;
🧚♀️ tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, dan kunyit sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan kacau sehingga sebati dan terbit minyak
🧚♀️bila cili dah mulai masak dan garing, masukkan air secukupnya beserta air asam jawa.
🧚♀️jangan lupa masuk kan bunga kantan yang telah di belah dua, tomato dan daun kesum. Biarkan sehingga mendidih dan kemudian masuk kan ikan salmon.
🧚♀️perasakan dengan garam yang secukupnya.
🧚♀️akhir sekali masuk kan sayur bendi sekiranya ada. Jangan tanya mana bendi saya.. saya terlupa beli. Sedih saya.
Asam pedas ni saya tak masuk kan belacan sebab saya dan suami ada resdung. Tapi jangan risau rasa tetap umphh..
Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.
P/s : settle lauk hari ni. Esok masak apa pulak ?
3 Comments
Puasa-puasa ni semua nampak sedap. haha.
ReplyDeletesedapnya nampak. selalu salmon buat kari je. nanti nak try lah
ReplyDeleteTry la sis.. for me.. rasa dia mmg sedap.
Delete