Salah kah aku ?
Assalamualaikum selamat malam everybody huhu 🌻
Dah beberapa hari ni aku mendiamkan diri sekejap cari ketenangan dengan anak. Eceeeh hehe. Sebenarnya badan letih tak sempat nak update. Tengah aku sibuk-sibuk dan dan lah aku teringat kisah masa kecik dulu. Masa zaman sekolah dulu. Haaa ya masa zaman aku masih hingusan hahaha.
Sampai sekarang aku masih ingat, dulu kawan2 suka ejek aku Indon.. anak Indon.. pergi balik Indon lah. Macam2 lagi. Tipulah weyh kalau tak sakit hati kan. Kadang sampai menangis kau tau tak. Siapa yang faham perasaan aku masa tu ? Tak ada. Bila balik alu cerita dekat Ibu aku. Ibu akan nasihat ‘lantaklah dorang tu. belajar rajin2. Buktikan yang kita ni boleh berjaya lebih dari dorang’ Alhamdulillah berkat doa dan kesabaran aku. Aku pun pergi ke menara gading macam dorang jugak. Yang paling best aku tak jumpa kawan2 sekolah hahahahah.. seronok weyh. Dulu kalau asal anak Indonesia je, dorang akan gelak kan, pulau kan. Macam kami ni tak layak nak berkawan dengan orang Malaysia kononnya. Konon je lah kan. Tak sedar asal usul masing2 dari mana. 🤦🏼♀️
Tapi ya lah. Nak salah kan dorang 💯 percent pun tak boleh. Sebab dorang ni pun kadang di momok momok kan mak bapak dorang. Ceeeih. Apa, orang Malaysia ja ke yang boleh hidup dekat bumi Allah ni ? Kita ni semua sama. Pulang pun ke tempat yang sama iaitu alam barzakh. Di kumpul pun tempat yang sama padang mahsyar.
Siapa berusaha dia berjaya. Majoriti yang datang berhijrah ke Malaysia ni rajin bekerja demi sesuap rezeki. Tapi yang memang dah warga sini. Allah.. susah bebenor nak kerja. Berat sangat tulang nya. Maaf lah tak semua macam tu. aku bangga walaupun ibu ayah aku Indonesian. Sebab, bila raya boleh balik Indonesia.
Okay peace no war. Kita semua sama di mata Allah. 🌻 jadi nikmat mana lagi yang kita cuba dustakan. Aku pun tak tahu mana budak yang suka ejek aku tu dulu pergi.
Tu belum lagi kena reject.. punya dah rapat dah kenal sekali kena reject sebab tau asal usul aku dari seberang. Pergh sakit weyh mula2 tu. lama- lama aku biar je. Terima kasih cik suami sebab boleh terima sy yg annoying ni 😝 chill laaa korang. Engku Emran pun kawin dengan laudya cynthia bella.. happy jer.. Ashraf Sinclair kawin dengan Bunga Citra Lestari pun okay jer.. Pedulikan mereka mereka yang mereng ni hahahah.

0 Comments