Looking For Anything Specific?

Header Ads

Happy birthday to me !!!!

Assalamualaikum selamat malam. Uaaargh leganya dapat luruskan pinggang. Dah beberapa hari ni letih dia lain maaaaciam sikit. Tak update pun kadang tak sempat. Malam ni sebelum mata melabuhkan tirainya, aku usahakan juga menaip hahahah.


Alhamdulillah 30 Jun kemarin cukuplah umur 25 tahun hidup di bumi Allah yang luas ni. Allahu, sungguh singkat kehidupan kita di muka bumi ini sebenarnya. Dah cukup ke bekalan yang kita nak bawa untuk kemudian hari nanti ? Dah bersedia ke kita nak hadap sakaratul maut ? Ya Allah, sungguh.. meremang bila mengenangkan semua nya. 


Semakin bertambah usia, semakin kita hampir dengan penghujung kehidupan. Alhamdulillah masih di beri peluang dan ruanh untuk beribadah. Masih di beri kesihatan yang baik. Masih di beri peluanh bersama keluarga tercinta. Maka nikmat mana lagi yang aku perlu dustakan. Allah.  Dalam kita seronok nak menyambut kedatangan umur baru, jangan lupa juga ke mana kita akan pergi selepas ini. Semoga baik pengakhiran hidup kita (khusnul khatimah)


Di sebabkan hari ni aku jadi princess tralalalala cik suami... so aku follow je dia nak bawa aku pergi mana.. hahahhaha. Okay, dia bawa aku pergi Danau Kota. Banngkok Street Food  Danau Kota. Tak payah pergi Bangkok nun jauh sana haaa. Kat Malaysia ni puk ado ni haaaa. Aku sebenarnya nak order pancake nutella. Tapi sebab asyik melayan cik suami dengan anak dara aku, aku lupa nak order. Dah sampai rumah baru aku ingat hahahahaha. Tak pe tak pe nanti aku ajak cik suami pergi lagi. Boleh guna alasan untuk dia jumpa kawan dia kat Setapak Central hahaha. 



Macam macam makanan ada kat sini. Geram kau tengok. Jadi di sebabkan aku princess, semua cik husband yang pesan. Mula mula dia pesan Tom Yam Poktek. Ya ya ya aku tahu kat Langat pun banyak tomyam. Tapi Tom yam dia memang macam ni haaaa 👍 ketam dia pun besar weh. Di sebabkan kami pelahap hahahha. Lupa nak ambil gambar. Next time hokaaaay.. 

Lepastu dia order daging bakar. Pergh sos cicah dia meleleh air lioooooor weyh. Masam masam manis dia cukup rasa. Kecur liur aku malam ni. Tak cukup tu, dia pesan pulak roti sangkaya. Ala yang macam dekat boat noodle tu. Tapi yang ni lagi nikmat. Sumpah ni aku tak tipu. Serius sedap.. 


Birthday aku, tapi cik suami yang semangat makan. Hahahah. Orang demam bila dapat makan pedas sikit masa demam memang sedap. Agak lega sikit kepala yang sakit tu. Dah siap makan dia ajak aku pergi Setapak Central jumpa kawan baik dia. Haaaih siapa lagi, Mat Yip (Arif Zubir ) laaaa. Cerita punya cerita...Birthday awek dia 1 July selepas Birthday aku hahah. So cik suami sekaljan, tahun depan korang boleh lah plan untuk kami hahahahha. 

Malam nya pulak, ibu dan ayah aku belanja makan malam. Ada pulak si brokokok. Jadi sambut sekali Birthday dia yang ternyata jarak dia hanya seminggu lepas aku. Dulu masa kecik selalu lah sambut sama. Sebab jimat kan hehehe.  


Terima kasih semua untuk doa, ucapan serta kata2 semangat dan peringatan yang baik dalam menjadi Hamba Nya. Syurga itu mahal nilainya. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Semoga Allah kurniakan Rahmat dan Kasih sayang untuk kamu..

    ReplyDelete
  2. Outstanding post, I think people should learn a lot from this web blog its very user pleasant. https://birthdaypartyplanner.co.in/

    ReplyDelete
  3. This is such a great resource that you are providing and you give it away for free. I love seeing blog that understand the value of providing a quality resource for free. https://www.braquefrancais.org

    ReplyDelete