Looking For Anything Specific?

Header Ads

Medsos zaman now !

Assalamualaikum. Apa khabar ? Semoga kalian dalam lindungan yang maha Esa. Pergh minggu minggu yang sangat hectic untuk aku. Macam2 dugaan aku hadap dalam masa seminggu ni.. stress tok sah cakap lah kan. Untuk aku dapat kawal masalah Depresi aku di saat genting ni. Haih laaa.

Topik aku petik hari ni tentang medsos (media sosial) Ye ye ye aku tahu, korang akan bash aku pasal cite hal medsos ni yang memang dah sebati dengan life korang kan. Tak ada phone hidup korang bagai kan mati sebab tak boleh nak bersocem dengan kawan2.  Betul tak aku cakap ? Betul ke tak ni ?..


Seberapa penting nya medsos dalam kehidupan korang ? Okay ni survey kecil yang aku buat dekat Instagram aku.
Okay ni survey yang aku jalankan melalui Instagram.


RRatarata tinggalkan jejak sebagai penting untuk medsos .. tapi ada juga yang anggap medsos ni sebagai biasa je. Tahniah kepada anda yang mengikuti survey ini.. anda seorang yang prihatin..

Berbalik kepada topik medsos. Aku tahu, hampir setiap hari malah ada yang setiap masa dan minit akan update di medsos masing. Tak kiraah twitter ke, insta ke, fb ke and so on. Seolah life kita ni memang di sibuk kam dengan medsos. Am I right gais ? Its up to you.. tu medsos korang even I don't care korang nak update apa. Tapi yang menjadi masalah bila kita leka dengan medsos sehingga kita lupa dengan keperluan kita sebagai umat Nya. 

Aku tak kata aku baik dan ma'sum.. adakala aku leka jugak.  Cuba kita re check balik.. bila kita pergi makan/ bercuti ? First thing apa yang korang buat ? 
  1. Check in tempat (betul tak ? Ayooo ngaku )
  2. Snap view tempat 
  3. Snap gambar makanan
  4. Leka dengan medsos dan tak hirau member sekeliling. (Mak pak pun banyak yang camni)


 Okay untuk part yang ni.. kalau korang nak update sekali pun nama tempat please update lepas korang dah balik dari tempat tu.. its sound like "alaaa tak best la camtu". Korang prefer nyawa korang terancam atau nak bercuti / makan dengan tenang ? Sebab mata mata liar sentiasa memerhati. Yang lain korang nak update sila kan.. tak ada masalah.

Okay la kan ni untuk yang muda mudi.. biasalah update itu ini.. yang pangkat mak pak kita ni macam mana pulak. Maklum. Sebelum ni tak pernah pegang phone touch screen apatah lagi boleh connect dengan medsos. Yang tak pernah2 ada medsos terus ada medsos. Malah ada jugak yang bercerai berai selepas kahwin berpuluh tahun hanya kerana medsos. Alamak apahal la...

Tu belum lagi yang CLBK (cinta lama bersatu kembali). Banyak doe kes macam ni dalam kalangan mak pak kita. Culture shock. Apa kau ingat kita muda mudi ni je ada culture shock ?



Sebaik baiknya kita kawal diri kita dalam penggunaan medsos. Ada anak muda yang sanggup berhutang malah ada yang menjual badan hanya untuk apa ? Terpengaruh melihat kawan kawan di medsos bergaya sakan. Berbaloi ke adik adik awak buat camtu ?

P/s: semua nya terletak pada diri masing2. Apa yang korang nak corak dalam life korang. Apa yanh korang nk tinggalkan pd medsos bila korang dah tak ada nanti.



Post a Comment

1 Comments

  1. Laki akak sejak ada phone touchscreen ni. Asyik itu hadap nye. Pernah kantoi contact member lama.. berangin akak

    ReplyDelete