Looking For Anything Specific?

Header Ads

Resepi Japanese Cotton Cheese Cake

ssalamualaikum selamat malam gaaaaiss. Huh lega baru dapat luruskan pinggang... haish  jangan bengkok sudah huhu.. tadi balik kerja aku terus bersilat dekat dapur. Tekak teringin nak makan cheese cake.

Aku tak gemar beli siap sebab tak puas nak makan. Kah kah kah. So tidur kan anak cepat cepat. Dan alhamdulillah dia pun lena awal malam ni. Pergh lega..

 Mungkin ada yang nak cuba resepi ni. Aku kongsi kan pada korang nanti ada masa korang cuba kay. Buat untuk suami ke. Mak ayah ke kan. Cenggini haaa 👍 Okay jom kita tengok bahan bahan yang korang perlukan. Okay sebelum tu, aku dapat resepi dari blog cik epal Kurang lebih minta halal ye cik epal. 

Bahan bahan nya adalah teng teng teng
 Bahan A
Telur kuning 6 biji.
Butter 50g
Susu segar 100ml
Cream cheese
Tepung jagung 20g
Tepung kek 60g
Paste sunquick 1sdt

Bahan B
Putih telur 6 biji
Gula (aku guna granulated sugar je)
Cream of tar tar

Okay sekarang masa membancuh adunan ye kakak kakak.

Dengan menggunakan keadah double boiler, cairkan butter, cream cheese dan susu segar.
Ni kekdah dia ye...


Dah siap, ketepikan sekejap. Sekarang pukul kuning telur dengan whisk dan campurkan adunan yang di double boiler tadi kedalam kuning telur. Kacau sebati





Dah sebati seirama macam kisah cinta kau dan aku.. masukan pulak tepung kek yang dah di ayak bersama tepung jagung. Okay yang ni gaul bagi sebati je ye hakak hakak. Masukkan sedikit paste sunquick dan kacau rata.

Seterusnya, pukul putih telur dan masukkan 1 sdt cream of tartar dan gula. Pukul sehingga kental dan bertanduk. Macam mana nak tau kental ke idok.. terbalik kan magkuk tu. Kalau helok terletak maknanya superb. So masuk kn sedikit ke dalam adunan tadi dan gaul secara kaup balik sahaja. Dah sebati masukan lagi baki adunan tadi.




Okay it's time to bake!!! Letak kan sedikit air dalam dulang loyang dan letak kan loyang adunan di atasnya. Supaya nanti kek yang terhasil lebih moist dan cantik.

Okay taraaaaa dah siap satu adunan.


Bukan senang ye nak dengar husband aku cakap sedap. Okay yang ni memang dia cakap sedap. So ada yang nk order ? Hahahahhaha

  • Selamat mencuba kawan kawan. Oh ya.. jangan lupa masuk kan ramuan kasih sayang, keihklasan serta zikir masa buat cake ni tau.. 😍

Post a comment

2 Comments

  1. Sis.... I dah cuba resepi ni..memang menjadi.. mohon halal ye..��

    ReplyDelete
  2. Minta share ye sis. Tq

    ReplyDelete