Looking For Anything Specific?

Header Ads

Perkara yang biasa orang Malaysia buat part II

Assalamualaikum hollla everyone..

Cuaca nampak mendung je ni haaa. Macam nak hujan tapi segan nak turun.. alhamdulillah rahmat Allah kan.. okay lah.. hujan turun nanti jangan lupa baca doa pulak..

crdt : https://hafiziazmi.com/doa-ketika-hujan-turun/


Semalam aku dah tulis empat (4) benda yang orang Malaysia suka buat.. tak yah cakap Malaysia jer hokay.. mana2 negara pun ada. Cuma kalau kita dah sedar benda tu not nice why not kita ubah.. tak perlu bayar pun nak ubah. It's come from our own mentality.

Jadi.. jadi hari ni aku nak sambung yang seterusnya..

5. Menipu / Tipu dalam Business 

Babe.. memang aku tak nafi kan apa yang cik epaliah tu cakap. Ramai yang acah positive bila bab bisnes seolah bisnes tu laku keras. Dah bermacam produk aku masuk jadi agent sebelum ni. Ye lah dulu sebelum kahwin nak tambah duit poket itu je lah aku buat. Aku pun ada bisnes aku sendiri lepas jadi ejen.

Sebelum aku terlibat dengan mana mana produk. Pergh aku tengok sales dorang naik mencanak.. ayat puitis siap yakin pembeli sentiasa ada. Gaiss memang betul, customer tu ada. Tapi kalau sampai kau kata sehari sales kau boleh up jadi beratus2 itu tipu. Kau tonton dekat sosmed hasil yang kau dapat hari ni.. duit hasil tangkapan hari ni..

Hakikatnya.. tu duit kau sendiri. Sebelum kena kecam.. baik aku cakap. Ya tak semua macam tu.. ada yang jujur. Dalam bisnes tak boleh ada istilah tipu walau apa sekalipun caranya. Tak berkat babe..

Macam sekarang, aku hari hari duduk dekat kedai jaga kedai. Mata kasar orang, untung lah duit masuk hari hari. Mata halus aku ni ? Kadang aku dapat Rm 13 je. Ni jujur aku cakap. Ni aku yang meniaga barang harian. Apatah lagi korang yang jual produk2 yang mahal tu.

Ya 9/10 rezeki tu datang dari perniagaan. Tapi berniaga lah dengan ikhlas dan jujur. Aku tak sembang kencang. Meh aku tepek kn hadith supaya korang faham.

Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَÙ…ِينُ Ù…َعَ النَّبِÙŠِّينَ، Ùˆَالصِّدِّيقِينَ، ÙˆَالشُّÙ‡َدَاءِ
Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid.” [Riwayat al-Tirmizi (1209)][Hadith ini adalah hasan menurut Imam al-Tirmizi]]

Kadang kita terleka dalam berniaga sampai kita lupa garis panduan yang dah di beri. Tak salah aku ingatkan. Peringatan ni untuk aku jugak. 


Biasa kan kita nampak macam ni.. duit aku tak banyak macam
 founder kat luar sana. 

Biarlah kita berniaga dan hasil yang kita dapat tu berkat. Tak nak ke camtu ?

6. On the way / aku dah gerak ni

Aku cukup cukup pantang bila kau nak keluar lepastu kawan / siblings ke siapa siapa lah. Cakap OTW. sudahnya tak jugak sampai.. haaa macam mana tu ? Dah kau tercongok tunggu sampai datang. Kalau seminit dua boleh lah. Ni kadang dah sejam dua kot. Kalau baru bangun ke atau baru nak gerak ke cakap je lah... huh.. tak yah cakap kau dah gerak atau dah nak sampai. Tapi batang hidung pun tak nampak. 

7. Pilih bulu 

Semalam aku ada tengok kat Instagram yang budak kena remove dari group sebab dia tak cantik.. hai come on.. kau nak belajar nak kena tengok cantik tak cantik ke ? Gemuk kurus ke ? Putih gelap ke ? Halo brothor sisthor ! Please ubah sikit mindset tu. Zaman mana kau duduk ni ? Kau yakin ke dengan kecantikan / ke kacakan kau tu boleh bawa mati ? 

Bukan setakat isu cantik tak cantik je yang selalu jadi hal isu pilih bulu. Keturunan pun sama je. Aku dulu pernah gak kena palau sebab aku Indonesia. Apa tak layak ke aku nak ada kawan ? Pernah gak kena reject bila tau keturunan. Halo kawan ! Aku happy nak mati bila dah habis primary and secondary school. Sebab aku jumpa member yang lebih havoc dan respect dekat U. Untung aku tak jumpa sorang pun member sekolah kat U. 

Tak habis kat sini je hokay.. member cun melecun, famous, insta famous, kacak bergaya buat bisnes.. korang ampu promote bisnes dorang. Member kau yang sedia sendu kau abai je. Padahal member kau tu dah sedia famous and so on.. once dia post confirm lah orang tau. Tapi itu terpulang hak masing masing
. Ada haku kesaaah.. 

Kat bawah nanti aku list kan member aku yang buat bisnes. Kau cari lah dorang kalau nak beli..

8.  Apa kerrrlass jadi cikgu ?


Hoi.. kan dah kena hoi dengan aku. Habis selama ni yang buat kau jadi pandai baca kira semua siapa ? Hantu ke ? Cikgu pertama dalam hidup korang mak korang tau tak.. bila korang dah besar skit cikgu kat sekolah tolong ambil alih tugas untuk didik korang
Hangin betul aku bila manusia manusia ni suka pertikai isu guru. Nak nak guru tadika. Hina sangat ke ? Sebelum korang pandai pergi toilet cikgu tadika korang ni lah yang tolong mandi dan basuh berak korang. Aku tak faham kenapa dekat Malaysia bab guru tadika ni dorang pandang enteng. Kalau kat oversea, zaman kindergarten ni lah paling heaven. 

Apa seban gaji cikgu tadika rendah ? Biar rendah tapi tak meninggi diri macam orang orang yang sombong dalam menilai guru. 

Wake up Malaysian people.. cikgu pun berhak untuk di hargai dan di hormati. Cikgu tadika pun  belajar juga ye.. susah juga subject kami. 

Okay lah cukup aku bebel bebel.. bahasa aku mungkin kasar tapi aku baik.. hahah. Orang yang kenal aku tahu lah aku macam mana.

Macam aku janji kan.. aku list kan member aku yang bisnes..

Chocojar : https://instagram.com/syzwnihjkassim?igshid=1pjkvvn7w7hq4
Make up : https://instagram.com/anna.sahadan?igshid=1lod1p8xf6l9o
Photographer awesome: https://instagram.com/najibfarqhaleez?igshid=rb1dsdmcb881
Insurance: https://instagram.com/prudential.ikasyamira_ithnin?igshid=8mn0ei6ytpt9
https://instagram.com/prudential.khairulnazmie?igshid=19vpvz5jjww98
Wondercheese : https://instagram.com/azrina_mazlin?igshid=f8c5p5813nex
Pelamin letupss : 
https://instagram.com/stazurinweddingsevents?igshid=1eqvyfmmodirg
Okay have a nice day.. syurga itu mahal nilainya..

Post a Comment

1 Comments